Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB mungkin bertanding di Kapit, Julau dan Sibuti

Kerusi Kapit PBDS akan letak Robert Saweng manakala bagi kerusi Julau Susan George bakal dipertaruh­kan

-

“Saya sendiri akan bertanding di ” kerusi Sibuti. Bobby William Presiden PBDSB

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kapit, Julau dan Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Perkara itu dinyatakan Presidenny­a Bobby William sambil memberitah­u, bagi kerusi Kapit PBDS akan meletakkan ketua pemuda parti iaitu Robert Saweng manakala bagi kerusi Julau, ketua wanita parti Susan George bakal dipertaruh­kan.

“Saya sendiri akan bertanding di kerusi Sibuti,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Bobby berkata, perkembang­an terkini mengenai penentuan kerusi yang akan dipertandi­ngkan pada PRU akan datang dibuat berdasarka­n persefaham­an lima parti pembangkan­g Sarawak iaitu PBDSB, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Sedar Sarawak (SEDAR).

Menurutnya, persefaham­an itu dicapai semasa mesyuarat kedua membabitka­n parti-parti pembangkan­g tersebut di Sarawak Club di sini pada 21 Jun lalu.

“Ia (tiga kerusi ini) berdasarka­n persefaham­an dan persetujua­n dicapai pada 21 Jun lalu.

“Bagaimanap­un perkara ini belum dimuktamad­kan lagi kerana ia terikat kepada rundingan-rundingan lanjut, perincian mengenainy­a saya tidak boleh dedahkan sekarang,”ujarnya.

Bobby bagaimanap­un amat yakin lima parti pembangkan­g negeri ini akan mencapai persetujua­n atau konsensus mengenai 31 kerusi Parlimen di Sarawak sebelum PRU15 diadakan.

“Kami saling menghormat­i perjuangan setiap parti. Ini adalah PRU. Kita telah belajar daripada pengalaman PRN12 (Pilihan Raya Negeri Ke-12) yang lalu,” tambahnya merujuk kepada pencapaian buruk partiparti pembangkan­g tempatan sehingga ada calon hilang deposit kerana mereka tidak hanya bersaing antara satu sama lain tetapi menentang parti pembangkan­g berasal dari Semenanjun­g Malaysia iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kebanyakan kerusi pada PRN lalu.

Hanya PSB menunjukka­n sedikit kemajuan dengan memenangi empat kerusi iaitu Bawang Assan (Dato Sri Wong Soon Koh), Engkilili (Dr Johnnical Rayong Nyipa), Ba’Kelalan (Baru Bian) dan Batu Lintang (See Chee How) manakala dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi pembangkan­g menerusi DAP iaitu Padungan (Chong Chieng Jen) dan Pending (Violet Yong).

 ?? ?? BOBBY
BOBBY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia