Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Bebas Kereta di Miri pada 16 Julai

-

Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersama Pejabat Residen Miri akan mengadakan ‘Miri Car-Free Day 2022’ atau Hari Bebas Kereta di Miri pada 16 Julai depan bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di Jalan Yu Seng Utara di sepanjang pusat komersial Wireless Walk Miri.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak, Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan dua organisasi lain.

Beliau yang merupakan ADUN Pujut memberitah­u, beberapa acara sudahpun dirancang sempena program itu kelak seperti senaman zumba dan senamrobik, pertanding­an basikal berhias mewah, selain aktiviti dan tarikan lain.

“Jawatankua­sa penganjur telah menjemput, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Dato Sri Abdul

Karim Rahman Hamzah untuk memeriahka­n majlis tersebut,” katanya semasa mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MBM di sini, semalam.

Pada mesyuarat yang sama Yii memberitah­u, Jabatan Penarafan dan Penilaian MBM sedang menganjurk­an Pertanding­an Reka Cipta ‘Streamer & Billboard’ dan Pertanding­an Reka Cipta Poster Digital mengenai maklumat serta kesedaran membayar cukai pintu.

Katanya, kedua-dua pertanding­an itu adalah untuk mempromosi­kan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentinga­n membayar cukai pintu mereka untuk kelestaria­n pembanguna­n bandar raya Miri.

“Pertanding­an ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM600 untuk tempat pertama dan RM400 untuk tempat kedua serta RM200 untuk tempat ketiga.

“Lima hadiah sagu hati masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM50,” jelas beliau.

Sehubungan itu juga, Yii menasihati para pembayar cukai supaya mengemas kini butiran mereka seperti nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan alamat suratmenyu­rat dengan Jabatan Penarafan & Penilaian.

“Ini adalah untuk memastikan semua kadar taksiran, notis dan surat sampai kepada pembayar cukai.

“Pada masa ini, kadar penilaian dihantar melalui e-bil dan notis peringatan dihantar melalui pemberitah­uan SMS,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Jabatan Penarafan dan Penilaian MBM di talian 085-442726 dan 085-420223.

“Sebagai Datuk Bandar Bandaraya Miri, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua warga Miri atas sumbangan anda dalam membayar cukai pintu anda.

“Bersama-sama kita membangunk­an Miri dan menjadikan Miri sebagai bandar peranginan yang indah di mana kita boleh dengan bangganya mengatakan Miri adalah ‘Rumahku, Kebanggaan­ku’,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia