Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM perhebat pemantauan perairan

Untuk mencegah kegiatan tidak diingini, khususnya jenayah rentas sempadan

-

KUDAT: Polis Kontinjen Sabah memperheba­tkan lagi pemantauan di sempadan perairan Sabah dengan negara jiran bagi mencegah kegiatan tidak diingini khususnya jenayah rentas sempadan.

Pemantauan menerusi udara dan laut itu dilakukan secara berterusan menggunaka­n aset unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM).

Visual eksklusif pemantauan menerusi laut di sekitar perairan Kudat yang terletak berhampira­n sempadan antarabang­sa ini dijayakan menerusi kerjasama Polis Kontinjen Sabah dan Wakil Rangkaian Media Prima Sabah.

Tinjauan disertai Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Idris Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad; Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Mohd Firdaus Francis Abdullah; serta Wakil Rangkaian Media Prima Sabah Mohd Yazzer Mahmun.

Perairan Kudat di utara Sabah terletak berhampira­n sempadan antarabang­sa dan menjadi laluan utama penduduk negara jiran.

Idris berkata, secara keseluruha­nnya,kawalansem­padandi negeri ini memang ada rondaan oleh pihak berkuasa membabitka­n PDRM, PPM, dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Saya melihat dari segi penugasan anggota-anggota di persempada­nan sekali gus memikirkan beberapa perkara yang perlu untuk meningkatk­an lagi kemudahan infrastruk­tur bagi anggota yang bertugas di kawasan persempada­n ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di sekitar perairan Kudat termasuk sempadan perairan Pulau Mangsi dan Pulau Banggi di sini Jumaat lepas.

Sebelum itu, Idris turut berkesempa­tan menyempurn­akan Program Outreach

Community Policing di Pekan Karakit Pulau Banggi dekat sini.

Ia sebahagian strategi Polis Kontinjen Sabah untuk mendekati orang ramai menerusi program kepolisan bersama masyarakat atau polis komuniti.

Katanya, Pulau Banggi dipilih sebagai lokasi program itu kerana kedudukann­ya yang berhampira­n sempadan negara jiran selain turut menjadi laluan utama penduduk negara jiran.

“Masyarakat di sini perlu diberi kesedaran bahawa pentingnya keselamata­n. Justeru, program pada hari ini adalah satu program kolaborati­f dengan masyarakat.

“Mereka juga boleh membantu pihak pasukan keselamata­n sama ada dari segi menyalurka­n maklumat dan juga bekerjasam­a dengan kita untuk memastikan negara kita ini tadi tidak dibolosi,” jelasnya.

Selain beramah mesra dengan penduduk setempat, program ceramah pencegahan jenayah termasuk jenayah seksual, komersial dan narkotik turut diadakan.

Menurutnya, program sedemikian perlu diteruskan dengan membabitka­n masyarakat setempat.

Beliau berkata, polis mempunyai mekanisme untuk penduduk menyalurka­n apa juga maklumat kepada pihak berkuasa termasuk menerusi aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau memaklumka­n mana-mana balai polis berhampira­n.

Dalam pada itu, pihaknya menyaranka­n orang ramai untuk menyertai unit Sukarelawa­n Simpanan Polis (PVR) untuk bersama-sama dengan pasukan keselamata­n menjaga keamanan dan keselamata­n negara.

 ?? ?? KOMUNITI: Idris (tengah) tiba untuk menyempurn­akan Program Outreach Community Policing di Pekan Karakit Pulau Banggi Kudat.
KOMUNITI: Idris (tengah) tiba untuk menyempurn­akan Program Outreach Community Policing di Pekan Karakit Pulau Banggi Kudat.
 ?? ?? PEMANTAUAN: Keadaan pemantauan menerusi laut di sekitar perairan Kudat yang terletak berhampira­n sempadan antarabang­sa.
PEMANTAUAN: Keadaan pemantauan menerusi laut di sekitar perairan Kudat yang terletak berhampira­n sempadan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia