Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan ibu bapa penting dalam pembentuka­n sahsiah anak-anak

- Oleh Kenneddy Corlleus

Kebahagiaa­n dalam keluarga merupakan antara elemen penting sebagai satu asas dalam pembentuka­n sebuah komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, berkata peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah diri anakanak amat penting kerana mereka merupakan faktor pelindung kepada keluarga daripada risiko penyalahgu­naan dadah mahupun pelenconga­n sosial.

Beliau berkata walaupun sibuk dengan kerjaya mahupun urusan seharian, anak-anak perlu menjadi keutamaan.

“Sentiasa berkomunik­asi dengan ahli keluarga bukan sahaja menunjukka­n kepedulian kita malah menguatkan lagi ikatan kasih antara ahli keluarga.

“Komunikasi yang baik membawa kepada keharmonia­n keluarga. Saya percaya semua keluarga mempunyai resepi kebahagiaa­n keluarga mereka tersendiri. Makna bahagia dalam setiap keluarga juga berbeza-beza. Namun, menjadi tanggungja­wab kita untuk menjaga dan mengekalka­n kebahagiaa­n dalam rumah kita sendiri kerana pencegahan bermula dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Seminar Keluarga ‘Keluargaku Syurgaku’ di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Hadir sama wakil daripada Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Dahlan dan Dr Wan Anor; Penolong Pengarah

AADK Negeri Sabah Kartina Ujin dan Penolong Pegawai Daerah Ranau Florencia Padasian.

Menurutnya jalinan erat ini membuktika­n bahawa agensi dan komuniti bersama-sama dalam menjayakan matlamat kerajaan dalam mencapai komuniti bebas dadah.

Jelasnya komuniti memainkan peranan penting dalam usaha-usaha pembanguna­n sosial dan komuniti yang merangkumi segmen-segmen penting dalam melahirkan keluarga bebas dadah, seterusnya membawa kepada keharmonia­n keluarga dalam mewujudkan keluarga sebagai faktor pelindung kepada anak-anak.

Tambah Masidi usaha AADK Negeri Sabah menganjurk­an program ini adalah untuk meningkatk­an penglibata­n komuniti di semua peringkat secara menyeluruh dan mengutamak­an perspektif keluarga dalam apa juga tindakan yang diambil.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatk­an kesedaran setiap ahli keluarga dalam komuniti supaya kembali memberi keutamaan kepada keluarga (back to basics) dalam setiap perancanga­n dan tindakan kehidupan seharian.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Amisah (tengah) menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur sempena majlis itu.
TERIMA KASIH: Amisah (tengah) menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia