Utusan Borneo (Sarawak)

AFM kembali di sempena

- Oleh Connie Sylvia Mesa

DALAM usaha meningkatk­an kesedaran dan mempamerka­n produk tempatan di samping menikmati hari menyeronok­kan, ‘Artsy Fartsy Market’ (AFM) kembali di Coco Cabana sempena Borneo Jazz membuka tirai di Miri hujung minggu lepas.

Diasaskan dua rakan baik iaitu Eleanor Sinta dan Flora Wong mempunyai minat terhadap seni dan ingin memberikan kembali kepada masyarakat setempat.

AFM bukan sekadar pasar artisan biasa, tetapi pasar artisan berkonsepk­an komuniti melibatkan pelbagai badan amal berbeza dalam setiap seni serta pameran sendiri.

Tahun ini, AFM bekerjasam­a dengan penganjura­n Festival Borneo Jazz membawa seni tempatan dan komuniti makanan tempatan ke peringkat antarabang­sa dengan menyediaka­n pelbagai kelas atau bengkel seni sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat 31 gerai terlibat iaitu 21 buah adalah gerai menjual produk kraf tangan tempatan manakala 10 lagi menjual produk makanan.

Bagi gerai jualan, ia dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 9 malam manakala gerai jualan makanan dibuka dari jam 4 petang hingga tengah malam sepanjang Festival Borneo Jazz.

Antara gerai jualan dan pameran ialah anyaman bakul tradisiona­l dan moden, manik, seni serat Macrame, cetakan fabrik, karya seni lukisan dan lain-lain.

Manakala bahagian jualan makanan, selain makanan tempatan turut disajikan makanan dari Korea dan Mexico, kebab Turki dan Mexico serta minuman dan koktel.

Mereka berminat terlibat sama dalam karya seni, terdapat bengkel kitar semula, aktiviti menyeronok­kan dengan pastel minyak untuk kanak-kanak, Rum Tasting Session oleh Din Hassan, Cocktail Making, Sip & Paint with Tuak dan lain-lain.

Sebelum ini, AFM bekerjasam­a dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan Taman Rizab Semula Jadi Piasau (PNR) memberi kesedaran tentang usaha pemulihara­an hidupan liar selain membantu mengumpulk­an dana untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim di Miri.

 ?? ??
 ?? ?? SENI LUKIS: Bengkel ‘Tuak Canvas Painting’ oleh Chameleon Art Studio.
SENI LUKIS: Bengkel ‘Tuak Canvas Painting’ oleh Chameleon Art Studio.
 ?? ??
 ?? ?? KRAF TANGAN: Antara gerai jualan kraf tangan dan karya seni di Artsy Fartsy Market di Coco Cabana Miri.
KRAF TANGAN: Antara gerai jualan kraf tangan dan karya seni di Artsy Fartsy Market di Coco Cabana Miri.
 ?? ?? TURUT SERTA: Tiga pengamal media di Miri menyertai sesi Masterclas­s Cocktail Making bersama Alex Tan dari The Bibber’s Tale.
TURUT SERTA: Tiga pengamal media di Miri menyertai sesi Masterclas­s Cocktail Making bersama Alex Tan dari The Bibber’s Tale.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia