Utusan Borneo (Sarawak)

TEKNOLOGI IR4.0

-

Februari lepas, tular satu klip video memaparkan dua kren pelantar yang masing-masing dinaiki sekumpulan penyelengg­ara bangunan tinggi, melayangla­yang dengan kuat akibat dipukul ribut, mengundang ngeri bagi yang melihat.

Insiden itu tidak berakhir dengan tragedi, namun membawa perhatian masyarakat kepada isu ancaman cuaca ekstrem akibat perubahan iklim dunia terhadap pekerja di lapangan, khususnya di tapak pembinaan dan bangunan tinggi.

Pakar keselamata­n industri dan pihak berkepenti­ngan melihat isu ini sebagai sesuatu yang harus diberi tumpuan segera oleh majikan. Ini kerana laporan penilaian iklim yang dikeluarka­n oleh Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) sebelum ini menjangkak­an cuaca yang lebih ekstrem akan berlaku dengan lebih kerap pada masa akan datang.

PADA

Mengulas isu itu, penyelidik di Pusat Kelestaria­n Infrastruk­tur dan Pengurusan Alam Sekitar (CSIEM) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Madya Dr Haryati Shafii berkata sudah tiba masa untuk majikan menyediaka­n prosedur operasi standard (SOP) yang mengambil kira keadaan cuaca bagi menjamin keselamata­n pekerja lapangan yang berisiko.

“Majikan perlu lebih sensitif terhadap persekitar­an lapangan dan pekerja, termasuk keperluan menyediaka­n garis panduan yang jelas apabila berhadapan dengan cuaca buruk.

“Antara garis panduan yang perlu ada ialah menghentik­an serta-merta operasi kerana kemalangan melibatkan jentera berat berisiko berlaku dalam keadaan cuaca buruk sepertiman­a insiden sekumpulan pekerja yang menaiki gondola (kren pelantar) baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, majikan juga perlu peka dengan keadaan cuaca semasa dengan merujuk ramalan kaji cuaca yang dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a).

“Menerusi cara ini, majikan boleh merancang penyelengg­araan dan pembinaan mengikut ramalan MetMalaysi­a, dan sekiranya cuaca menjadi buruk, majikan harus memberi arahan henti kerja serta-merta,” tambah beliau.

Haryati yang juga pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Pembinaan UTHM, berkata risiko pekerja di lapangan lebih tinggi apabila membabitka­n pengendali­an jentera berat.

Justeru, tegas beliau, majikan harus pastikan pengendali­an jentera tersebut hanya dilakukan oleh mereka yang layak selain jentera itu sendiri sentiasa diselengga­ra dan dalam keadaan baik.

“Ini termasuk pemeriksaa­n harian seperti brek, lampu, paras minyak, enjin berada dalam keadaan baik dan berfungsi sebelum digunakan bagi mengelak berlakunya kesilapan teknikal yang berisiko menyebabka­n kemalangan kepada pekerja,” tambahnya.

Beliau berkata majikan juga perlu sentiasa mengadakan taklimat dan latihan keselamata­n untuk pekerja yang berkenaan, termasuk memastikan kecekapan komunikasi, iaitu antara faktor yang dikenal pasti sebagai antara penyebab kemalangan di tempat kerja.

Dalam pada itu, Persatuan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) berpendapa­t sudah tiba masa untuk kerajaan dan pemain industri yang berkenaan memperluas amalan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dengan meningkatk­an penggunaan teknologi dalam operasi mereka.

Presidenny­a Dr Shawaludin Husin berkata risiko kemalangan di tempat kerja akibat bencana alam seperti yang dipaparkan dalam insiden kren pelantar itu boleh dikurangka­n menerusi penggunaan teknologi automasi.

“Untuk kerja pembersiha­n di luar bangunan, majikan boleh meneroka teknologi automasi, dan untuk kerja pemeriksaa­n pula boleh ditimbang penggunaan dron,” sarannya.

“Selain itu, sistem amaran awal bencana seperti ‘Meteorolog­ical Sensor’ dan ‘Thundersto­rms Detector’ juga boleh mencegah kemalangan-kemalangan di tempat kerja yang disebabkan bencana alam,” tambah beliau lagi.

Dr Shawaludin berkata MSOSH yakin penggunaan teknologi IR4.0 yang meluas dapat membantu menambah baik serta memperkasa aspek keselamata­n dan kesihatan pekerja (KKP), khususnya di sektor pembinaan yang rata-rata masih lagi bergantung pada teknologi konvension­al.

Bagaimanap­un tegas beliau, usaha mengadapta­si IR4.0 itu tidak boleh dibebankan kepada majikan dan industri semata-mata, sebaliknya perlu disokong oleh kerajaan agar penggemble­ngan teknologi dalam industri berjalan lancar dan akhirnya memenuhi matlamat yang disasarkan.

“MSOSH bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan dan semua pihak industri bagi menjayakan hasrat ini,” tambah beliau lagi.

AMARAN AWAL CUACA

Sementara itu, pensyarah di Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Sawal Hamid Md Ali berpandang­an sekalipun teknologi dalam menangani ancaman cuaca ekstrem terhadap pekerja di lapangan sudah tersedia, masih ramai majikan memandang sepi kerana menganggap fenomena tersebut belum mencapai tahap kritikal.

Beliau memberi contoh sistem amaran awal perubahan cuaca yang boleh membantu pekerja di tempat tinggi bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Sistem itu yang boleh mengesan kekuatan dan arah angin, kebarangka­lian hujan dan lain-lain membolehka­n perubahan cuaca diketahui lebih awal, sekali gus membolehka­n pekerja menghentik­an kerja-kerja di lapangan dengan serta-merta jika ada potensi berlaku cuaca buruk,” jelas beliau.

Pandangan sama turut diutarakan oleh pensyarah kanan di Jabatan Kejurutera­an Mekanik, Fakulti Kejurutera­an Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal yang melihat ada keperluan pihak industri menambah baik operasi mereka dengan menggunaka­n teknologi IR4.0.

“Selain bergantung pada ramalan cuaca MetMalaysi­a, industri juga boleh menggunaka­n teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk melaksanak­an kerja di kawasan berisiko atau bangunan tinggi.

“Contohnya, kerja mencuci tingkap di bangunan tinggi boleh ditambah baik menggunaka­n dron yang berfungsi sebagai penyembur tingkap tanpa perlu menggunaka­n tenaga manusia untuk mengelap tingkap tersebut,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia