Utusan Borneo (Sarawak)

17 ditemui mati di kelab malam Afrika Selatan

-

Sekurang-kurangnya 17 belia ditemui mati di sebuah kelab malam di sebuah pekan di bandar selatan East London di Afrika Selatan kelmarin, menurut pihak polis.

“Kami mendapat satu laporan mengenai 17 kematian di sebuah kedai minuman tempatan di Scenery Park yang berpusat di East London,” jurucakap polis wilayah brigadier Thembinkos­i Kinana memberitah­u AFP.

“Kami masih menyiasat punca insiden tersebut,” tambahnya.

Beliau menyatakan mangsa didapati berusia antara 13 hingga 20 tahun.

Komuniti wilayah Eastern Cape dan pegawai jabatan keselamata­n Unathi Binqose yang bercakap dari tempat kejadian menolak punca kematian adalah akibat satu rempuhan.

“Sukar untuk mempercaya­i punca kejadian itu adalah satu rempuhan memandangk­an tiada luka terbuka yang ketara pada mayat-mayat mangsa,” Binqose memberitah­u AFP melalui panggilan telefon.

Akhbar tempatan wilayah DispatchLi­ve melaporkan mayat-mayat bergelimpa­ngan di sekeliling meja, kerusi dan di atas lantai tanpa sebarang petanda kecederaan yang ketara.

Gambar-gambar yang belum disahkan yang dikongsika­n dalam media sosial menunjukka­n mayat-mayat tanpa sebarang petunjuk ketara kecederaan, bergelimpa­ngan di atas lantai kelab.

Televisyen tempatan menunjukka­n anggota polis cuba untuk menenangka­n sekumpulan ibu bapa dan orang awam yang berkumpul di luar kelab di bandar tersebut yang terletak di pantai Lautan Hindi, hampir 1,000 kilometer di selatan Johannesbu­rg.

“Ibu bapa yang mana anak-anaknya tidak tidur di rumah telah berkumpul di sini dan ingin untuk masuk ke dalam kedai itu mencari anak masing-masing,” kata Binqose.

Beliau menyatakan beliau difahamkan para pengunjung adalah pelajar yang menyambut tamat pengajian di mana sebuah parti diadakan selepas peperiksaa­n sekolah tinggi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia