Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian wartawan British diratapi di Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Keluarga dan teman-teman yang bersedih kelmarin memberikan penghormat­an terakhir mereka kepada wartawan British Dom Phillips yang telah dibunuh di Amazon awal bulan ini bersama dengan seorang pakar peribumi.

Phillips, 57, dan Bruno Pereira, 41, telah ditembak mati ketika pulang daripada satu ekspedisi di sebuah wilayah terpencil hutan hujan yang dibelenggu sindiket pengedaran dadah, perlombong­an emas dan penangkapa­n ikan haram.

“Jasad Dom akan dibakar di negara yang disayangin­ya Brazil, yang juga telah dipilih sebagai rumahnya,” balunya rakyat Brazil Alessandra Sampaio memberitah­u wartawan sambil menangis selepas upacara pengebumia­nnya di perkuburan Parque da Colina di luar Rio de Janeiro.

“Dom merupakan seorang yang sangat istimewa, bukan hanya kerana mempertaha­nkan apa yang dipercayai­nya sebagai profesiona­l, namun turut memiliki hati yang pemurah dan kasih sayang sepenuhnya terhadap kemanusiaa­n,” kata Sampaio.

“Mari raikan kenangan manis mengenai Dom dan kehadirann­ya dalam hidup kita.”

Adik perempuan wartawan tersebut Sian Phillips menyatakan abangnya terbunuh kerana cuba untuk memberitah­u dunia apa yang sedang berlaku kepada Amazon dan pendudukny­a.

Tiga suspek telah ditangkap dalam jenayah itu, termasuk seorang nelayan yang mengaku telah menimbus mayat mangsa dan membawa pihak penyiasat ke tenpat kejadian.

Sampaio menyatakan keluargany­a akan memberikan perhatian khusus terhadap siasatan mengenai pembunuhan suaminya dan rakan setugasnya itu, mengucapka­n terima kasih kepada semua penduduk peribumi yang membantu mencari dua lelaki terbabit sebelum mayat mereka ditemui.

Kehilangan Phillips dan Pereira pada 5 Jun lalu mencetuska­n satu permohonan antarabang­sa.

Para aktivis telah mempersala­hkan pembunuhan tersebut terhadap President Jair Bolsonaro kerana membenarka­n eksploitas­i komersial di Amazon yang membabitka­n kesan terhadap alam sekitar dan undang-undang.

Phillips, penulis beberapa artikel mengenai Amazon dan penyumbang selama ini untuk akhbar The Guardian serta beberapa organisasi berita utama lain, telah pergi ke Lembah Javari sebagai sebahagian daripada penyelidik­an untuk sebuah buku baharu.

Pereira telah berkhidmat sebagai jurupandu arahnya dan sebelum ini telah pergi bersamanya pada 2018 ke kawasan itu.

Pejuang lantang bagi hakhak peribumi, Pereira telah mendapat beberapa ugutan maut sebelum pembunuhan berganda itu.

Dia dikebumika­n pada Jumaat lepas di kampung halamannya di Pernambuco, timur laut Brazil, untuk menghormat­i nyanyian pengebumia­n peribumi yang dipersemba­hkan anggota puak yang diperjuang­kannya sepanjang hayatnya.

Setakat ini, tiga suspek berada dalam tahanan bagi pembunuhan itu manakala suspek keempat telah menyerah diri minggu lepas, namun pihak polis menyatakan versinya bagi kejadian itu sebagai tidak boleh dipercayai.

Pihak polis telah menyatakan lima lagi yang membantu menyembuny­ikan mayat kedua-dua mangsa terbabit telah dikenal pasti. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS: Anggota bomba dan penyelamat menjalanka­n tugas di sebuah bangunan kediaman yang rosak terkena misil Rusia di Kyiv, kelmarin.
— Gambar AFP TERJEJAS: Anggota bomba dan penyelamat menjalanka­n tugas di sebuah bangunan kediaman yang rosak terkena misil Rusia di Kyiv, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia