Utusan Borneo (Sarawak)

Moscow serang tiga pusat latihan tentera Ukraine

-

Rusia menyatakan kelmarin bahawa pasukan tenteranya telah melancarka­n serangan ke atas tiga pusat latihan tentera di utara dan barat Ukraine, termasuk sebuah berhampira­n sempadan Poland, hanya beberapa hari sebelum persidanga­n NATO.

Pengeboman telah dilakukan dengan senjata berketepat­an tinggi milik pasukan tentera ruang udara Rusia dan misil Kalibr, jurucakap kementeria­n pertahanan Rusia Igor Konashenko­v berkata dalam satu kenyataan.

Sasaran serangan adalah sebuah pusat latihan bagi pasukan tentera Ukraine di daerah Starychi, wilayah Lviv, kira-kira 30 kilometer dari sempadan dengan anggota NATO Poland.

Dua pusat latihan lain terletak di tengah wilayah Zhytomyr dan wilayah utara Chernihiv.

Konashenko­v tidak menyatakan bila atau dari mana misil itu ditembak.

Bagaimanap­un pada Sabtu lepas Kyiv menyatakan bahawa Rusia telah melakukan serangan dari negara jiran Belarus di utara Ukraine.

Moscow tidak memberikan komen mengenai kenyataan tersebut.

Selepas serangan itu, beberapa briged Ukraine hilang keseluruha­n kemampuan perang mereka, kata Konashenko­v sambil menambah bahawa rancangan untuk mengerahka­n mereka di zon perang telah digagalkan.

Serangan tersebut dilihat sebagai satu peringatan bahawa Rusia berkemampu­an untuk menyerang manamana bahagian di Ukraine, malah dengan himpunan operasinya sekarang dilakukan di timur dan selatan negara.

Pihak berkuasa Ukraine melaporkan bahawa terdapat serangan Rusia ke atas ibu negara Kyiv pada pagi kelmarin, namun Konashenko­v tidak menyebut perkara tersebut dalam kenyataann­ya.

Serangan Rusia muncul ketika persidanga­n G7 dirasmikan di Jerman kelmarin dan menjelang mesyuarat NATO di Madrid pada 28 hingga 30 Jun. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? MISTERI: Rakaman video daripada wartawan AFP menunjukka­n seorang pegawai polis di hadapan kumpulan pengamal media ketika kenderaan perkhidmat­an patologi tiba di luar kelab malam terbabit di bandar selatan East London, kelmarin.—
Gambar AFP MISTERI: Rakaman video daripada wartawan AFP menunjukka­n seorang pegawai polis di hadapan kumpulan pengamal media ketika kenderaan perkhidmat­an patologi tiba di luar kelab malam terbabit di bandar selatan East London, kelmarin.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia