Utusan Borneo (Sarawak)

ADF bunuh 14 orang awam di timur Kongo

-

Penyerang bersenjata telah membunuh 14 orang awam dalam dua serangan di timur Republik Demokratik Kongo, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin, mempersala­hkan militia Pakatan Tentera Demokratik (ADF) atas pembunuhan itu.

Serangan terbaharu berlau di sebalik operasi ketenteraa­n Kongo-Uganda selama beberapa bulan untuk menghapusk­an pengganas ADF di wilayah sempadan bermasalah itu.

Para pejuang ADF telah menyerang kawasan petempatan Mamove pada pagi Sabtu, membunuh enam wanita dan tiga lelaki, serta mencederak­an dua orang lagi dan membakar dua rumah, kata ketua masyarakat tempatan Kinos Katuo.

“Kamitelahm­emaklumkan pihak tentera namun setakat ini tiada operasi yang telah dilancarka­n, menyebabka­n pihak musuh bebas berkeliara­n menjarah dan membunuh orang awam,” tambahnya.

Dalam serangan kedua pada malam Sabtu, penyerang telah membunuh lima lelaki di tengah Kisima di sebatang jalan utama menuju ke sempadan Uganda, kata Meleki Mulala, wakil masyarakat awam di wilayah Kivu Utara.

Beliau turut mempersala­hkan pejuang ADF.

Pihak tentera Kongo dan Uganda cuba untuk mengawal lebuh raya Beni-Kasindi di mana sebuah syarikat Uganda sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di bawah perjanjian antara kedua-dua negara jiran tersebut.

Kongo dan Uganda melancarka­n satu serangan bersama ke atas ADF pada November 2021 bagi menghapusk­an pemberonta­k, namun keganasan terhadap orang awam berterusan.

Ricardo Rupande, ketua rangkaian pertubuhan masyarakat awam di barat Kongo, menyatakan pasukan tentera Uganda hanya menjaga kawasan yang menempatka­n peralatan mereka, lima kilometer dari pekan Kasindi.

Pihak tentera Kongo telah menggesa populasi tempatan agar mempercaya­i ia dapat menghalang tindakan ADF, Kolonel Charles Omeanga memberitah­u AFP.

Diakui kumpulan Islamic State sebagai kumpulan cabangnya di Afrika Tengah, ADF telah dituduh membunuh orang awam Kongo dan melakukan serangan pengganas di negara jiran Uganda.

Presiden Kongo Felix Tshisekedi meletakkan wilayah timur di Kivu Utara dan Ituri dalam perintah berkurung pada tahun lepas, bermakna pentadbira­n tentera menggantik­an pegawai awam.

Namun langkah tersebut dan operasi bersama dengan Uganda gagal menghentik­an keganasan di timur terpencil di mana beberapa kumpulan bersenjata masih aktif. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia