Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pegawai polis maut dalam serangan di utara Benin

-

Dua pegawai polis terkorban apabila penyerang bersenjata menyerang sebuah balai polis di utara Benin awal kelmarin, beberapa sumber memberitah­u AFP.

Seorang lagi anggota polis mengalami kecederaan parah dan kini berada di unit rawatan rapi dalam kejadian yang turut menyaksika­n dua penyerang terkorban semasa berbalas tembakan dengan anggota keselamata­n, seorang pegawai polis di bahagian Atakora memberitah­u AFP.

“Balai polis Dassari telah diserang awal pagi kelmarin.

“Penyerang bersenjata merempuh masuk namun pihak kami pantas memberikan reaksi,” tambah pegawai tersebut.

Angka tersebut telah disahkan satu lagi sumber lain dengan pengetahua­n tentang isu keselamata­n di utara Benin yang enggan dikenali.

Kesan tembakan kelihatan pada dinding balai polis pagi kelmarin di samping pakaian dengan kesan darah berselerak­an di atas lantai, seorang penduduk yang melawat tempat kejadian memberitah­u AFP.

Identitiny­a dirahsiaka­n atas sebab-sebab keselamata­n.

“Pihak polis di sana berada dalam keadaan terkejut,” tambah beliau.

Ketika dihubungi AFP, kerajaan Benin masih belum memberikan komen setakat awal tengah hari kelmarin.

Kerajaan Benin menyatakan kira-kira 20 serangan telah dilancarka­n kumpulan bersenjata, statistik rasmi pertama yang dikeluarka­n pada Mei.

Negara Afrika Barat yang bersempada­n dengan Mali, Niger dan Burkina Faso, di mana kempen pelampau selama beberapa tahun telah meragut ribuan nyawa dan menyebabka­n lebih dua juta penduduk meninggalk­an rumah mereka.

Serangan maut pertama diketahui di Benin adalah pada Disember lepas, ketika dua anggota tentera terbunuh berhampira­n sempadan bergolak dengan Burkina.

Kerajaan telah memberikan respons dengan mengumumka­n peningkata­n kerahan tentera di utara bagi melindungi sempadan.

Serangan bersenjata oleh pelampau yang ada kaitan dengan Al-Qaeda dan kumpulan Islamic State dari negeri Sahel yang bermasalah turut menjejaska­n Ghana dan Ivory Coast. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia