Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah ‘uji had animasi’ dalam ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’

Pengarah bersama Justin Thompson berkata animasi ialah medium yang hebat kerana sesetengah perkara hanya boleh dibuat dengan animasi

-

DENGAN

lebih daripada 240 karektor dari seluruh enam dimensi, pencipta ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ memperheba­tkan lagi penceritaa­n dan animasi melepasi hadnya dengan filem baharu itu berikutan kejayaan memenangi Oscar.

Sebelum itu, imej belum selesai sekual, salah satu filem yang paling dinanti pada 2023, menerima tepukan hormat di Festival Filem Animasi Antarabang­sa Annecy di Perancis baru-baru ini.

Filem baharu itu sekali lagi tertumpu kepada remaja dari New York, Miles Morales, yang merupakan salah seorang daripada beberapa bentuk adiwira labah di seluruh dimensi selari.

Seperti filem pertama pada 2019, ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’, ia dijangka menunjukka­n sihir-sihir teknikal, dengan stail visual yang berlainan untuk setiap alam yang dikunjungi oleh adiwira.

Antaranya babak yang menampilka­n pertarunga­n menarik dengan seekor burung hering di Muzium Guggenheim New York, dengan sorang wanita labah yang sarat mengandung merempuh tempat itu dengan motosikal.

Morales “sudah lama menjadi nadi ini. Namun kami tidak mahu memandang ringan dan mengambil jalan mudah,” kata Kemp Powers, salah seorang daripada tiga pengarah filem itu.

Kumpulan ini merasai tekanan jangkaan kali ini.

Filem ini lambat terkenal, perlahan-lahan dikenali selepas ulasan mantap dan reaksi penonton dan akhirnya memenangi Oscar animasi terbaik.

“Ia amat bercita-cita tinggi, ideanya adalah untuk memerah kreativiti kami dan menguji had apa yang boleh dihasilkan oleh teknologi,” kata pengarah bersama, Joachim dos Santos.

Kumpulan ini seronok apabila mencipta watak jahat baharu The Spot, yang akan disuarakan oleh Jason Schwartzma­n, yang tubuhnya berlubangl­ubang yang boleh berubah-ubah.

“Animasi ialah medium yang hebat kerana sesetengah perkara hanya boleh dibuat dengan animasi,” jelas pengarah bersama Justin Thompson.

“Tidak boleh dibayangka­n jika aksi langsung mampu mereplika The Spot dari segi penampilan­nya, pergerakan­nya, interaksin­ya, ia tidak akan cantik dalam aksi langsung, namun amat lancar dalam animasi.”

Sungguhpun melepaskan diri dari had realiti, ada halangan yang tidak dapat dielakkan.

“Kami mengambil masa lima atau enam tahun setiap filem. Kami mempunyai kru yang besar namun kamu tidak dapat bayangkan betapa lama diperlukan untuk mencipta babak beberapa saat,” katanya.

“Sungguhpun imaginasi tidak mempunyai had, masa ada hadnya,” tambah beliau lagi.

Filem ini dijadualka­n untuk ditayang ke seluruh dunia pada 2023 dan susulan ketiga pada tahun berikutnya.

Penghasil filem berkeras bahawa keduaduany­a akan ditayang di teater, terutamany­a selepas Powers terpaksa menayangka­n filemnya sebelum ini, ‘Soul’ dari Pixar terus ke perkhidmat­an penstrim kerana pandemik.

“Kami menghasilk­an ini untuk skrin besar, dan ini akan ditayangka­n di skrin besar, tak kira jika ada penceroboh­an makhluk asing atau perang dunia!” katanya. — AFP

 ?? ?? ‘THE SPOT’: Watak jahat baharu The Spot akan disuarakan oleh Jason Schwartzma­n.
‘THE SPOT’: Watak jahat baharu The Spot akan disuarakan oleh Jason Schwartzma­n.
 ?? — Gambar ihsan Sony Pictures Animation ?? DITUNGGU: Miles Morales (Shameik Moore) dan Gwen Stacy (Hailee Steinfeld) bertarung dengan The Spot (Jason Schwartzma­n) dalam ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ yang akan ditayangka­n pada 2 Jun 2023.
— Gambar ihsan Sony Pictures Animation DITUNGGU: Miles Morales (Shameik Moore) dan Gwen Stacy (Hailee Steinfeld) bertarung dengan The Spot (Jason Schwartzma­n) dalam ‘Spider-Man: Across the Spider-Verse’ yang akan ditayangka­n pada 2 Jun 2023.
 ?? ?? PENGARAH BERSAMA: (Dari kiri) Joachim dos Santos, Kemp Powers dan Justin Thompson.
PENGARAH BERSAMA: (Dari kiri) Joachim dos Santos, Kemp Powers dan Justin Thompson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia