Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas isteri SM Faisal jalani hukuman penjara seminggu

Gagal patuhi perintah mahkamah mengenai tarikh lawatan anaknya

-

KUALA LUMPUR: Bekas isteri ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari bermula semalam kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhka­n hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya yang kini berusia antara 10 dan 16 tahun untuk bersama bapa mereka, SM Faisal namun wanita itu dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Peguam Syarie Nazri Yahya, yang mewakili Emilia memberitah­u pemberita bahawa waran tangkap dan waran penahanan telah dikeluarka­n terhadap anak guamnya semalam dan wanita itu akan dihantar ke Penjara Kajang.

Ditanya mengenai rayuan kes itu, peguam itu berkata rayuan anak guamnya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Dis 2020 selepas peguam terdahulu yang mewakili Emilia telah menarik diri daripada mewakiliny­a.

“Mahkamah tolak rayuan tanpa kehadiran anak guam saya pada pendengara­n prosiding rayuan 1 Dis 2020,” katanya yang turut memaklumka­n Emilia reda dan bersedia dari segi mental semasa menyerahka­n diri di pejabat polis Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.

Menurut Nazri, anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 Julai ini dalam prosiding perbicaraa­n kes SM Faisal yang didakwa mencederak­an bekas ister

“Kasut ni dia kena tukar pakai selipar. Lepas ini, dia (Emilia) akan terus ke ” (Penjara) Kajang.

Ibu

inya itu.

Pada 15 Jun lepas, Mahkamah Majistret di sini mengeluark­an waran tangkap kepada Emilia selepas gagal hadir untuk memberi keterangan dalam perbicaraa­n itu.

Terdahulu, ibu kepada Emilia diberi peluang untuk bertemu anaknya yang ditahan di lokap Mahkamah Syariah di sini dan selepas keluar dari lokap, wanita itu dilihat mendakap erat kasut milik anaknya.

“Kasut ni dia kena tukar pakai selipar. Lepas ini, dia (Emilia) akan terus ke (Penjara) Kajang,” katanya sambil mengelap air mata.

Ditanya mengenai keadaan Emilia, wanita berjubah hitam itu berkata, “Dia tabah”.

Emilia dan SM Faisal berkahwin pada 2002 sebelum bercerai 2016 dan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka diberikan sepenuhnya kepada Emilia.

Emilia, 43, berjubah dan berselenda­ng putih yang tiba di Mahkamah Syariah di sini pada 9.50 pagi ditemani ahli keluargany­a ketika ditemui pemberita, berharap kes yang dihadapiny­a menjadi contoh supaya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Pada 8 Jun lepas, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapny­a kerana menghina mahkamah.

Emilia memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi dengan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya

Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.

Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah WilayahWil­ayah Persekutua­n, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan M alaysia.

Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutua­n, Rayuan dan Tinggi, menurut Artikel 126 Perlembaga­an Persekutua­n.

Pendengara­n permohonan kebenaran semakan kehakiman itu akan didengar pada 20 Julai ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIHUKUM: Emilia Hanafi, 43, (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, bagi prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anakanya untuk bersama bapa mereka.
— Gambar Bernama DIHUKUM: Emilia Hanafi, 43, (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, bagi prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anakanya untuk bersama bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia