Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran kepada Lim Guan Eng guna invois palsu

Pemalsuan invois dan baucar bayaran dibuat atas nama dua syarikat yang tidak aktif, kata saksi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen semalam diberitahu bahawa pembayaran kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibuat menggunaka­n modus operandi pemalsuan dokumen membabitka­n dua syarikat yang tidak aktif, atas arahan Pengarah Syarikat Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Bekas Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Perkhidmat­an Korporat CZCSB, Azli Adam, 58, berkata pembayaran itu dibuat menggunaka­n invois dan baucar bayaran atas nama syarikat Sinar Bina Consultanc­y Services (SBCS) dan Bintang Ria Engineerin­g (BRE).

“Antara tahun 2012 sehingga 2017, terdapat beberapa pembayaran yang telah dikeluarka­n melalui dua akaun syarikat iaitu Zenith Constructi­on Sdn Bhd dan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, dan pembayaran itu dibuat kepada Datuk Zarul melalui cek-cek yang ditunaikan oleh beliau sendiri dan saya.

“Pembayaran itu dibuat menggunaka­n modus operandi pemalsuan invois dan baucar bayaran atas nama kedua-dua syarikat itu. Datuk Zarul telah memberi arahan untuk mendapatka­n invois ‘dummy’ daripada beberapa syarikat yang wujud tetapi tidak aktif, bagi tujuan menggunaka­n invois syarikat itu.

“Saya dan Ibrahim Sahari mencari orang tengah yang boleh mendapatka­n syarikat sedemikian untuk saya memperoleh­i invois-invois ‘dummy’ berkaitan,” katanya semasa membacakan pernyataan saksi dalam kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitka­n pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan

“Saya tidak tahu dua syarikat ini dimiliki oleh siapa. Apa yang saya mahu hanya invois itu sahaja. Seingat saya, bayaran bagi mendapatka­n invois-invois ‘dummy’ tersebut lebih kurang RM10,000 ”

Azli Adam Saksi

jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Menceritak­an mengenai modus operandi itu, Azli berkata pada awal 2014, beliau ada berjumpa dengan kenalannya di Kuala Lumpur dan meminta bantuan untuk memperkena­lkan mana-mana orang yang boleh mendapatka­n invois ‘dummy’, dan rakannya itu mencadangk­an seorang orang tengah (nama tidak diingati) untuk membantu beliau mendapatka­n invois daripada beberapa buah syarikat.

Menurut saksi pendakwaan ke-28 itu, orang tengah tersebut kemudian telah mendapatka­n invois daripada syarikat SBCS dan BRE, selain mendapatka­n invois daripada syarikat JKM Konsortium Sdn Bhd (JKMKSB) dan Jurutera Konsult Maju Sdn Bhd (JKMSB), untuk digunakan sebagai invois ‘dummy’ bagi membuat pengeluara­n wang syarikat CZCSB.

“Datuk Zarul akan mengeluark­an arahan untuk menyediaka­n cek bagi pembayaran ini. Kesemua cek-cek ini akan disediakan mengikut proses kewangan syarikat dan ditandatan­gani oleh dua daripada empat pengarah yang telah diberikan kuasa,” katanya.

Azli berkata selepas tangkapan ke atas Zarul dibuat oleh Suruhanjay­a Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) pada pertengaha­n Januari 2018, Zarul telah membuat pengakuan kepadanya dan Ibrahim Sahari bahawa pembayaran-pembayaran yang beliau arahkan untuk memalsukan invois dan baucar bayaran SBCS dan BRE sebelum ini, sebahagian­nya adalah untuk pembayaran rasuah kepada Lim.

“Pengakuan beliau (Zarul) kepada saya menjadi titik tolak yang meyakinkan saya bahawa memang pembayaran tersebut dibuat kerana sejak tahun 2012 sehingga 2017, dan Datuk Zarul telah mengarahka­n saya dan Ibrahim untuk menggunaka­n kedua-dua dokumen itu bagi memanipula­sikan akaun syarikat dan menutup jejak pembayaran tunai yang dibuat kepada beliau.

“Saya sahkan bahawa apa sahaja pembayaran ke atas invois dan baucar bayaran kepada syarikat SBCS dan BRE, adalah merupakan pembayaran palsu dan butiran dalam ‘descriptio­n’ bagi Projek Terowong dan Jalanraya Penang adalah tidak sah dan tidak dilaksanak­an,” kata saksi itu.

Semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, Azli berkata beliau tidak pernah berjumpa Lim secara peribadi dan hanya berjumpa ahli politik itu semasa majlis hari raya di Pulau Pinang.

Saksi itu turut mengesahka­n bahawa penerangan dalam invois dan baucar bayaran itu diarahkan oleh Zarul, walaupun butiran tersebut adalah palsu namun projek terowong itu merupakan satu-satunya projek yang aktif dan telah dianugerah­kan kepada syarikat CZCSB oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim pada masa itu.

Bagaimanap­un, Azli berkata SBCS dan BRE tidak mempunyai kaitan dan tidak ada apa-apa kontrak dengan syarikat CZCSB dan invoisinvo­is ‘dummy’ diperolehi daripada dua syarikat itu oleh orang tengah, dengan membeli invois dan segala bayaran ke atas pembelian invois ‘dummy’ dibuat kepada orang tengah tersebut olehnya (Azli).

“Saya tidak tahu dua syarikat ini dimiliki oleh siapa. Apa yang saya mahu hanya invois itu sahaja. Seingat saya, bayaran bagi mendapatka­n invois-invois ‘dummy’ tersebut lebih kurang RM10,000 ke RM15,000 bagi satu kali sahaja. Saya membuat bayaran bagi pembelian invois itu secara tunai kepada orang tengah itu,” katanya.

Bagi invois yang diperolehi daripada syarikat JKMKSB, saksi itu berkata beliau hanya tahu syarikat itu dimiliki oleh Datuk Dr Lee dan Datuk Dr Shukri yang merupakan konsultan kepada CZCSB, dan saksi itu juga dimaklumka­n oleh Zarul bahawa beliau ada kawalan terhadap syarikat tersebut.

Disoal oleh Gobind, adakah saksi itu tahu penyediaan dokumen-dokumen ini (invois dan baucar bayaran) adalah palsu dan ia satu kesalahan di bawah undang-undang dan saksi itu hanya mengikut arahan Zarul, Azli menjawab “Ya”.

Lim, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunaka­n kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul

Ahmad bagi mendapatka­n projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaa­n mendapatka­n projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampira­n The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim, yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabka­n dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung hari ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI PERBICARAA­N: Gobind Singh hadir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n kes rasuah Guan Eng membabitka­n pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama Pulau Pinang.
— Gambar Bernama HADIRI PERBICARAA­N: Gobind Singh hadir di Mahkamah Kuala Lumpur semalam bagi perbicaraa­n kes rasuah Guan Eng membabitka­n pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia