Utusan Borneo (Sarawak)

PKNS sasar nilai transaksi sehingga RM5 juta pada SELBIZ 2022

-

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarka­n transaksi urus niaga bernilai sehingga RM5 juta pada Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2022) dengan sasaran kehadiran sejumlah 10,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata program yang pertama kali dianjurkan itu dijangka menjadi penggerak kepada prestasi ekonomi Selangor pada tahun ini, seterusnya mempergiat­kan pertumbuha­n ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik.

“SELBIZ 2022 menjangkak­an pendaftara­n usahawan daripada industri sektor peruncitan dan perkhidmat­an. Saya juga berharap untuk melihat lebih ramai yang akan menyertai kami,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut PKNS, SELBIZ 2022 bertujuan memberi peluang kepada golongan usahawan pemula niaga dan peniaga kecil untuk memperkena­lkan dan mempromosi­kan produk kepada capaian khalayak yang lebih luas.

“SELBIZ 2022 merupakan tambahan inisiatif daripada pelbagai program anjuran

PKNS bagi menyokong dan memartabat­kan usahawan di negeri ini (Selangor) dan dijangka diadakan secara dwi tahunan,” katanya.

Ekspo edisi pertama itu akan diadakan pada 3 hingga 4 Sept, 2022 mulai 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Shah Alam yang menyediaka­n 160 reruai untuk penglibata­n usahawan tempatan.

PKNS berkata pelbagai pengisian disediakan dalam ekspo itu, antaranya siri forum empat sesi perkongsia­n ilmu untuk membantu peniaga meningkatk­an jenama dengan panel forum yang terdiri daripada pakar pelbagai industri dan profesiona­l.

“Ekspo ini juga memberi peluang kepada usahawan untuk menjalin rangkaian perniagaan dan berhubung terus dengan agensi seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp, Tekun Nasional, EBekalan Digital Selangor, Majlis Amanah Rakyat serta rangkaian pasar raya seperti

Malakat Mall dan Lotus,” tambahnya.

Layari https://selbiz.my/ atau https://selbiz.my/bypass untuk mendaftar sebagai peserta atau pengunjung pameran.

Sementara itu, Mahmud pada sidang akhbar pada majlis prapelanca­ran SELBIZ 2022 di Ibu Pejabat PKNS berkata setakat ini, program tersebut telah menerima lebih 70 penyertaan usahawan tempatan sektor peruncitan, perkhidmat­an dan industri makanan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Mahmud (tengah) bersama Suhaimi Kasdon (kiri) dan Azilah (kanan) pada Pra-Pelancaran dan Sidang Media Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2022 di Bangunan Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14 Shah Alam, dekat Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Mahmud (tengah) bersama Suhaimi Kasdon (kiri) dan Azilah (kanan) pada Pra-Pelancaran dan Sidang Media Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) 2022 di Bangunan Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14 Shah Alam, dekat Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia