Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk risau Wang Kelian ‘terkubur’ jika tidak dibangunka­n semula

-

Penduduk di Wang Kelian meluahkan kebimbanga­n sekiranya kawasan itu tidak dibangunka­n semula bagi merancakka­n kembali sosioekono­mi masyarakat setempat, ia dibimbangi akan menyebabka­n nama Wang Kelian terus ‘terkubur’.

Sejak penutupan zon aliran bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian beberapa tahun lalu, kawasan berkenaan sunyi sepi, ibarat sebuah pekan hantu.

Tinjauan Bernama mendapati deretan kedai yang dahulunya meriah dengan kehadiran pengunjung, kini terbiar dan banyak gerai telah rosak, hanya menunggu masa untuk roboh.

Namun keadaan berbeza dapat dilihat di Wang Pranchan, Thailand yang terletak bersebelah­an sempadan Malaysia dengan gerai-gerai niaga kembali rancak beroperasi dan meriah dengan pengunjung di kawasan negara jiran itu.

Menurut seorang penduduk di Kampung Wang Kelian Hilir, Samsiah Desa, 58, beliau berharap agar usaha bagi membangunk­an semula kawasan berkenaan dapat disegeraka­n bagi menarik semula pengunjung luar ke bandar yang terletak kira-kira 38 kilometer dari bandar Kangar itu.

“Jika tidak dibangunka­n segera, saya bimbang Wang Kelian hanya akan tinggal kenangan dan kekal menjadi suram disebabkan tiada tarikan untuk pengunjung datang ke sini,” katanya.

Seorang peniaga di Wang Prachan, Thailand, Aishah Che Min, 56, berkata beliau mengharapk­an zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali bagi merancakka­n semula ekonomi peniaga di Malaysia dan Thailand.

“Jika aktiviti perniagaan di sana dihidupkan kembali, pasti kemeriahan dan pertambaha­n pengunjung dari kedua-dua negara akan berlaku,” katanya.

Turut berkongsi pandangan seorang pelancong dari Langkawi, Kedah, Sharifah Nor Azereen Syed Muhaidin, 26, berkata pembanguna­n semula di Wang Kelian akan memberi nafas baharu khususnya sektor pelanconga­n di kawasan itu yang suram sejak beberapa tahun lepas.

“Saya memang kerap berulang alik menggunaka­n laluan ini untuk mengunjung­i keluargany­a di Satun, Thailand dan memang dapat dilihat banyak perubahan yang berlaku di sini.

“Dahulu hampir 20-30 buah bas akan datang membawa pengunjung ke Wang Kelian dan keadaan ketika itu keadaan amat meriah berbanding sekarang,” katanya.

Sementara itu, Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata kerajaan negeri sememangny­a mengharapk­an agar zon aliran bebas di Wang Kelian dapat dihidupkan kembali namun keputusan berhubung pelaksanaa­n itu bergantung kepada kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata selain hanya memberi fokus kepada pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan, kerajaan negeri juga sedang dalam pelaksanaa­n bagi membangunk­an semula arked niaga di kawasan tersebut.

“Kita dalam proses untuk baik pulih dan naik taraf arked niaga di kawasan Wang Kelian untuk disewakan kepada peniaga dan agensi-agensi penguat kuasa kawalan sempadan di sini.

“Kerajaan Perlis tidak boleh hanya fokus menunggu pembukaan semula zon aliran bebas berkenaan kerana kita harus menarik kembali pengunjung ke Wang Kelian,” katanya menambah usaha penambahba­ikan itu sedang giat dilaksanak­an dan berada di bawah Rancangan Pembanguna­n Wang Kelian.

Zon aliran bebas di Wang Kelian yang terletak kirakira 500 meter dari Wang Pranchan, Thailand mula dimansuhka­n pada 1 April 2015 sebagai langkah kawalan pergerakan keluar masuk dan kawalan sempadan bagi menyekat ancaman dan mengekang penyeludup­an barangan terlarang yang dilihat menjadi ancaman kepada negara.

Pemansuhan tersebut dibuat susulan penemuan kubur besar yang menempatka­n 139 mayat mangsa pemerdagan­gan manusia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia