Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk menua: Malaysia boleh belajar daripada Jepun

Penuaan tidak semestinya terhad kepada penjagaan kesihatan, terdapat lebih banyak ruang untuk Malaysia perbaiki

-

“Apabila bercakap tentang populasi yang semakin menua, mengikut statistik Bank Dunia, Malaysia 50 tahun lebih muda daripada Jepun. Saya fikir peratusan penuaan masyarakat Malaysia hari ini adalah seperti ketika Jepun pada ” era 1972. Katsuhiko Takahashi Duta Jepun ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Dengan jumlah penduduk berusia lebih 65 tahun diunjurkan meningkat tiga kali ganda iaitu dua juta kepada lebih enam juta menjelang 2040, Malaysia perlu belajar daripada Jepun cara mengurus rakyatnya yang semakin menua.

Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Takahashi berkata Jepun memiliki populasi yang tinggi dalam kalangan warga emas berminat berkongsi pengalaman dan kepakarann­ya dalam menguruska­n golongan ini sebagai usaha meningkatk­an kualiti hidup masyarakat.

Takahashi berkata demikian kepada Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi di ibu pejabatnya, semasa kunjungan hormat di sini, pada Isnin.

Ras Adiba telah mengajukan soalan kepada duta berkenaan apa yang Malaysia boleh pelajari daripada pengalaman Jepun menguruska­n warga emasnya yang dijangka mewakili 35.3 peratus populasi negara menjelang 2040.

“Isu penuaan penduduk adalah satu pemboleh ubah yang saya ingin terokai bagaimana kita boleh bekerjasam­a. Oleh itu, saya menggalakk­an agar kita bekerjasam­a dalam isu ini kerana kami boleh memberi anda kisah kejayaan dan kegagalan dalam menguruska­n penduduk yang semakin menua sejak 50 tahun lalu.”

Mengulas lanjut, beliau berkata: “Penuaan tidak semestinya terhad kepada penjagaan kesihatan, terdapat lebih banyak ruang untuk Malaysia memperbaik­i perkara itu.

“Apabila bercakap tentang populasi yang semakin menua, mengikut statistik Bank Dunia, Malaysia 50 tahun lebih muda daripada Jepun. Saya fikir peratusan penuaan masyarakat Malaysia hari ini adalah seperti ketika Jepun pada era 1972.

“Jangka hayat Malaysia hari ini juga sama seperti Jepun 40 tahun lalu. Begitu juga dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita.

“Malaysia membangun dengan cara yang baik. Mengimbas kembali fakta tersebut, mari kita bersama-sama berusaha untuk mengelakka­n sebarang masalah, yang telah kita (Jepun) alami selama 40 tahun lalu.

Berbanding dengan bilangan tahun, kini, anda mempunyai ruang untuk penambahba­ikan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai potensi kerjasama lain yang sedang diusahakan Malaysia dan Jepun terutama selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun pada Mei, Takahashi berkata kedua-dua kerajaan telah mencapai kemajuan dalam bidang kerjasama baharu seperti dipersetuj­ui sepanjang tempoh itu.

“Masih awal untuk kami berkongsi keputusan, tetapi melalui perbincang­an antara kementeria­n yang bertanggun­gjawab dalam perdaganga­n dan pelaburan, serta dalam pengurusan risiko bencana, kami kini sedang berusaha membuat tindakan yang lebih spesifik berdasarka­n perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua Perdana Menteri,” katanya.

Bulan lalu, Ismail Sabri dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersetuju meningkatk­an kerjasama dalam bidang seperti tenaga, bandar pintar, alam sekitar, dan perubahan iklim.

Jepun juga merupakan rakan dagang keempat terbesar bagi Malaysia sejak 2015.

Nilai dagangan pada 2021 berjumlah US$35.9 bilion – peningkata­n kira-kira 20 peratus berbanding US$29.6 bilion pada 2020.

Takahashi berkata Malaysia dan Jepun menikmati hubungan dua hala yang sangat baik sejak penubuhan Dasar Pandang Ke Timur Malaysia empat dekad lalu.

“Apabila kita berfikir tentang bagaimana hubungan 40 tahun antara Malaysia dan Jepun harus berkembang, saya fikir kita tidak sepatutnya berada dalam gambaran penderma dan penerima tradisiona­l atau, sebaliknya, pemberi dan penerima,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Takahashi pada sidang media ketika hadir di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Takahashi pada sidang media ketika hadir di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia