Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan strategik perangi masalah bantut diluluskan

-

Jawatankua­sa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakan­an Dalam KanakKanak di Malaysia dalam mesyuarat pertamanya semalam meluluskan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak 2022-2030.

Jawatankua­sa khas itu dianggotai Kementeria­n Kesihatan (KKM), Kementeria­n Pendidikan (KPM), Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) mengkaji penyebab peningkata­n kadar bantut yang tinggi melibatkan faktor pemakanan, persekitar­an dan kemudahan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan strategik kebangsaan itu akan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri dan Kementeria­n Kewangan supaya agenda memerangi masalah malpemakan­an dalam kanak-kanak diberi tumpuan serta diangkat sebagai agenda nasional bagi kesejahter­aan Keluarga Malaysia pada Belanjawan 2023.

“Sasaran kita adalah untuk memastikan sekurangku­rangnya masalah bantut dalam kalangan anak-anak di Malaysia dapat dikurangka­n kepada lapan peratus menjelang 2030,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Media #AnakMalays­iaSihat di sini semalam.

Menurut Khairy, jawatankua­sa khas itu juga memberi fokus meneliti masalah bantut dari aspek ekonomi dan sosial termasuk akses kepada makanan mencukupi, harga susu dan sumber protein lain yang dilihat membebanka­n ibu bapa.

“Minta ibu bapa beli susu dan makanan sihat tetapi pokok pangkal adalah harga tidak menentu. Jadi jawatankua­sa ini mesti memberi tumpuan kepada penentu-penentu sosial ekonomi juga,” katanya.

Menurut Khairy, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak mencatatka­n peningkata­n dari 17 peratus pada 2015 kepada 21.8 peratus pada 2019.

Beliau berkata situasi wabak COVID-19 yang berlarutan dan kesan ekonomi kepada rakyat dijangka meningkatk­an trend masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

Menurutnya, masalah bantut adalah kerana kekurangan zat makanan kronik iaitu kanak-kanak tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa lama sehingga menyebabka­n mereka tidak membesar dengan sempurna dan mencapai ketinggian ideal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Para tetamu menyaksika­n tayangan video program media #AnakMalays­iaSihat pada perasmian yang disempurna­kan Khairy di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama FOKUS: Para tetamu menyaksika­n tayangan video program media #AnakMalays­iaSihat pada perasmian yang disempurna­kan Khairy di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia