Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal berasa ‘kekal abadi’ selepas ungguli Terbuka Perancis: Tsitipas

-

Stefanos Tsitsipas percaya Rafael Nadal berasa “kekal abadi” selepas memenangi kejuaraan Terbuka Perancis dan menghampir­i separuh jalan untuk memburu gelaran Kalendar Grand Slam yang pertama dalam lebih dari setengah kurun.

Jaguh dari Sepanyol itu memenangi kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-14 awal bulan ini dan menambah koleksi kejuaraan Terbuka Australia pada bulan Januari. Kemenangan­nya di Paris, yang membolehka­nnya memenangi kejuaraan Grand Slam buat kali ke-22, hadir walaupun memerlukan rawatan pada kecederaan kakinya.

“Saya berasa sangat kagum dengan apa yang dia lakukan di Terbuka Perancis, bermain dengan masalah di bahagian kaki. Difahamkan ada keretakan tulang kaki. Ia menyebabka­n dia merasakan dia seorang yang kekal abadi dengan apa yang boleh dia lakukan,” kata Tsitsipas.

“Perlawanan, tahap kesungguha­n yang dia capai banyak kali di mana situasi sebenarnya tidak selesa untuk kebanyakan pemain dalam keadaan fizikal seperti ini.”

Nadal akan memulakan Wimbledon dengan mendakwa dia berasa bebas dari sebarang rasa sakit buat kali pertama dalam tempoh setahun setengah selepas menjalani pembedahan untuk menyelesai­kan masalah sakit saraf di bahagian kakinya.

Tsitsipas percaya Nadal, juara di sini pada 2008 dan 2010, memiliki kelebihan psikologi jika lawannya percaya bintang Sepanyol itu hanya kurang satu kecederaan dari bersara.

“Kami biasa melihat Rafa tidak dapat bermain dan memenangi banyak kejohanan,” tambah bintang Greece berusia 23 tahun itu.

“Di sinilah saya fikir lawan perlu berhati-hati. Apabila dia berkata dia tidak dapat bermain dan mempunyai masalah di bahagian kaki, di situlah di mana saya merasakan dia paling mengancam dari segi prestasiny­a.

“Ia sebenarnya psikologi terbalik.”

Tsitsipas, pemain ranking keenam dunia, tiba di Wimbledon dengan satu kejuaraan di perlumbaan rumput apabila memenangi kejohanan di Mallorca pada Sabtu lepas.

Sekarang dia perlu mengekalka­n rentak di Kelab Seluruh England di mana dia sudah tewas di pusingan pertama sebanyak tiga kali dari empat perlawanan terakhir.

Ia termasuk pada tahun lepas apabila tewas mudah kepada Frances Tiafoe.

“Tahun lepas adalah sukar bagi saya kerana saya tidak bermain sebarang perlawanan di permukaan rumput sebelum ke Wimbledon. Saya cuba bermain di permukaan rumput seperti di permukaan tanah liat dan ia satu kesilapan besar.” Akuinya.

“Dari segi teknik, taktik, ia tidak menjadi. Mengimbau kembali tahun lepas, saya menonton beberapa kemuncak video. Anda mahu menganalis­a sebanyak mungkin, melihat titik kelemahan anda. Tiada satu pun yang masuk akal.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia