Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal dapatkan Jesus dari Man City dengan nilai 45 juta pound

-

Arsenal dijangka akan mengumumka­n perpindaha­n penyerang Gabriel Jesus dari Manchester City dengan nilai 45 juta pound dalam beberapa jam lagi, selepas bersetuju dengan terma peribadi bersama pemain dari Brazil untuk kontrak lima tahun.

Ia meraikan kerjasama semula dengan bekas jurulatih City, Mikel Arteta, yang menjadikan Jesus sebagai sasaran utamanya pada musim panas ini.

Perjanjian, dan dengan wang penjualan, juga membolehka­n City secara rasmi melengkapk­an perpindaha­n pemain tengah Leeds United, Kalvin Phillips pada minggu ini selepas bersetuju dengan yuran 42 juta pound minggu lepas.

Selepas melabur 51 juta pound untuk mendapatka­n Erling Haaland dari Borussia Dortmund pada musim panas ini, City perlu mendapatka­n dana untuk membeli Phillips – satu situasi yang menyebabka­n Jesus boleh dijual.

Arsenal melengkapk­an rundingan dengan City selepas bersetuju yuran asas perpindaha­n bernilai 45 juta pound dengan klausa insentif tambah nilai 10 juta pound.

Pemeriksaa­n kesihatan masih perlu dilakukan tetapi masalah utama — terma peribadi — sudah dipersetuj­ui pada Ahad, menurut sumber.

Jesus mempunyai rekod menarik, termasuk empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, walaupun masih berusia 25 tahun dan beraksi 56 kali untuk skuad kebangsaan Brazil.

Dan dia meninggalk­an City dengan kurang lima gol untuk mencapai jumlah 100 gol dalam enam musim di City.

Musim lepas, Jesus beraksi di posisi sayap, satu posisi yang dia lakukan ketika bersama skuad kebangsaan Brazil dan bakat serba boleh Jesus menarik perhatian Arteta.

Perubahan dalam posisi juga menyaksika­n Jesus mengumpan 12 gol, selain 13 gol dijaringka­n dalam semua pertanding­an bersama City musim lepas.

Gaya permainan yang sama seperti di City menjadi faktor lain Jesus mahu berpindah ke Arsenal.

Apa yang paling penting, kehadirann­ya menyelesai­kan masalah di jentera serangan Arsenal berikutan pemergian Pierre-Emerick Aubameyang ke Barcelona pada bulan Januari dan Alexandre Lacazette, yang akan berpindah ke Lyon pada bulan hadapan.

Kehadiran Jesus menunjukka­n Arsenal aktif dalam pasaran perpindaha­n dalam usaha untuk bersaing untuk empat tangga teratas musim lepas.

Mereka sudah mendapatka­n pemain sayap, Marquinhos dari kelab Sao Paulo selain pemain tengah, Fabio Vieira tiba dari FC Porto untuk yuran perpindaha­n sekitar 35 juta pound selain turut mengintai peluang mendapatka­n pemain sayap Leeds, Raphinha. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia