Utusan Borneo (Sarawak)

Bagnaia ‘raja’ MotoGP Belanda

-

Pelumba dari Itali, Francesco Bagnaia memenangi perlumbaan MotoGP Belanda pada Ahad untuk mengembali­kan saingan kejuaraan dunia selepas pendahulu keseluruha­n kategori pelumba, Fabio Quartararo, terbabas keluar dari perlumbaan yang penuh dengan insiden.

Quartararo terbabas dua kali dengan kemalangan kedua menyaksika­nnya melambung sedikit di udara namun kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagnaia berjaya mengelak sebarang masalah dengan jentera Ducati untuk meraih kemenangan ketiga musim ini dan mengalu-alukan kutipan mata penuh selepas gagal menamatkan dua perlumbaan terakhir.

“Saya berasa sangat gembira selepas dua perlumbaan sukar di mana kami cukup kompetetif tetapi gagal mendapat sebarang manfaat,” katanya.

Ia juga hari yang hebat untuk pelumba dari Itali apabila Marco Bezzecchi yang menunggang untuk pasukan miliki legenda sukan bermotor, Valentino Rossi, VR4 6, menduduki tempat kedua sementara pelumba dari Sepanyol, Maverick Vinales menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada perlumbaan ke-11 dari 20 perlumbaan musim ini.

Quartararo mengekalka­n pendahulua­n keseluruha­n kategori pelumba menjelang rehat musim panas dengan kelebihan 21 mata berbanding pencabar terdekat, Aleix Espargaro, yang menduduki tempat keempat pada Ahad.

Pelumba dari Perancis itu terbabas pada pusingan kelima dan kemudian di pusingan ke-13.

Walaupun kembali segera ketika terbabas kali pertama, dia kelihatan mengalah selepas terbabas kali kedua.

Quartararo bermula hambar dan dipintas oleh pelumba pasukan Aprilia, Esprgaro.

Dan ketika cuba untuk merampas kembali kedudukan di tempat kedua, dia hilang kawalan dan terbabas kali pertama, menyebabka­nnya kembali di kelompok bawahan.

Tetapi selepas beberapa pusingan kedua, dia sekali lagi terbabas dan kali ini melambung sedikit menyebabka­nnya berputus asa untuk meneruskan perlumbaan.

“Saya melakukan kesilapan mudah. Saya mengasak seperti ia pusingan terakhir,” kata Quartararo ketika merujuk kali pertama dia terbabas dan berkata ada sesuatu “tidak kena” dengan jenteranya.

Selepas perlumbaan, dia meminta maaf kepada Espargaro

kerana menyebabka­n pesaingnya terkeluar sedikit dari litar pada pusingan kelima.

Insiden itu menyebabka­n Quartararo akan dihukum pada perlumbaan seterusnya — Grand Prix British kerana “hampir menyebabka­n kemalangan”.

Ia adalah kali pertama sejak 1996 di mana pasukan Yamaha gagal mengutip sebarang mata di Assen.

Bagi Bagnaia, menamatkan perlumbaan di tempat pertama adalah perubahan nasib yang dialu-alukan selepas mengisytih­arkan sebelum perlumbaan bahawa dia “berasa takut untuk gagal menamatkan perlumbaan sekali lagi”.

Ini adalah kali keempat dalam enam perlumbaan dia bermula di petak pertama tetapi gagal menamatkan perlumbaan dalam tiga dari empat perlumbaan terakhir.

Menjelang perlumbaan Grand Prix British pada 7 Ogos, Bagnaia naik ke kedudukan keempat keseluruha­n, merapatkan jurang di belakang Quartararo dengan kurang 66 mata.

Di tempat ketiga keseluruha­n ialah Johann Zarco, yang berkata dia mengharung­i hari yang sukar selepas hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Bagnaia (kanan) mendahului Marco Bezzecchi pada perlumbaan MotoGP Belanda di litar TT Assen, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Bagnaia (kanan) mendahului Marco Bezzecchi pada perlumbaan MotoGP Belanda di litar TT Assen, kelmarin.
 ?? ?? JUARA: Pasukan Medic A merakam kenangan bersama Awang (berdiri belakang, tengah) selepas berakhirny­a kejohanan tersebut di Sibu, kelmarin.
JUARA: Pasukan Medic A merakam kenangan bersama Awang (berdiri belakang, tengah) selepas berakhirny­a kejohanan tersebut di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia