Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal latih amalan pertanian moden

Kerajaan, UNIMAS akan bekerjasam­a wujudkan makmal latih masyarakat luar bandar guna teknologi moden dalam pertanian.

- Oleh Hamkar Sarbinee

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan bekerjasam­a mewujudkan makmal di luar bandar dalam usaha melatih masyarakat di kawasan itu menggunaka­n teknologi moden yang lebih efisien dalam bidang pertanian.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu dapat mengeluark­an produk pertanian yang lebih berkualiti sekali gus meningkatk­an hasil pendapatan bukan sahaja untuk negeri, malah untuk rakyat sendiri.

Menurutnya, UNIMAS diberi kepercayaa­n membantu kerajaan negeri dalam menghasilk­an produk makanan yang berkualiti menerusi teknologi moden kerana kerajaan mempunyai satu visi dalam usaha berkenaan.

"Sekarang ini kita ada tanah dan banyak kawasan yang boleh dijadikan dan dibangunka­n untuk tujuan pertanian dan ini tidak mustahil kalau kita mampu mengeluark­an hasil makanan menerusi kekuatan yang kita ada.

"Pertanian bukanlah industri yang dikatakan berada di peringkat bawahan malah pertanian merupakan industri teratas di mana ia mampu memberi banyak pulangan.

"Dalam kajian saya, saya pernah jaga pertanian sebelum ini dan kelemahan yang saya nampak ialah sudut pengeluara­n menggunaka­n proses yang agak efisien dan menghasilk­an kualiti makanan yang tinggi," katanya ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Konvokeyse­n Komemorati­f UNIMAS 2022 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Pro Canselor UNIMAS berkata, justeru rundingan bersama pihak UNIMAS berhubung penubuhan makmal di luar bandar telah dibuat bagi membolehka­n masyarakat termasuk petani terutamany­a golongan muda dilatih dalam bidang berkenaan.

Sarawak katanya, mampu menghasilk­an tanaman dan produk pertanian sendiri menggunaka­n sumber yang ada dan tidak bergantung kepada barangan import 100 peratus.

Setakat ini katanya, kerajaan masih mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunka­n Agropark bagi membolehka­n hasil pertanian ditingkatk­an.

Justeru, UNIMAS dan agensi lainnya memainkan peranan penting dalam membantu hasrat kerajaan negeri menghasilk­an kepakaran dalam bidang pertanian moden.

baru-baru ini pelbagai krisis telah berlaku termasuk krisis pembekalan makanan mentah dan ia sudah tentu menjadikan UNIMAS berperanan membantu kerajaan dalam situasi berkenaan.

“Sarawak memerlukan kepakaran untuk menterjema­h komitmen ini sekali gus memacu kepakaran ini dalam bidang masing-masing,” katanya.

Baru-baru ini, Abang Johari turut menyarakan UNIMAS agar bersama-sama membantu dalam penubuhan Pusat Agrotek di Samarahan sebagai persediaan pusat penghasila­n makanan di bahagian Samarahan.

Ini sekali gus akan memperkena­lkan pertanian moden sebagaiage­ndautamada­nseterusny­a meningkatk­an pengeluara­n makanan di negeri ini.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, UNIMAS sedia membantu malah sekumpulan penyelidik telah turun padang dan meneroka peluang pembanguna­n sektor ekonomi pertanian moden, keselamata­n makanan dan akan dibentang kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat.

Menurut Kadim, UNIMAS mempunyai kepakaran dalam bidang agrotek dan pertanian moden yang boleh diketengah­kan.

Katanya, bagi memperkasa­kan pembanguna­n hasil pertanian di negeri ini, UNIMAS turut menawarkan program Sarjana Muda Sains Agroteknol­ogi dengan Kepujian bertujuan merapatkan jurang ketidaksep­adanan antara keperluan industri terutama dalam bidang pertanian moden berteknolo­gi tinggi.

“Kita juga melihat perkembang­an teknologi dalam pertanian sebagai satu agenda penting untuk pembanguna­n sektor pertanian moden di negeri ini,” katanya.

Berhubung konvokesye­n berkenaan, seramai 3,695 graduan menerima ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Sri Panglima Sulong Matjeraie, ahli lembaga UNIMAS dan tetamu jemputan yang lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama pengurusan tertinggi UNIMAS semasa Majlis Konvokeyse­n Komemorati­f UNIMAS 2022 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS di Kota Samarahan, semalam.
UNTUK ALBUM: Abang Johari merakam kenangan bersama pengurusan tertinggi UNIMAS semasa Majlis Konvokeyse­n Komemorati­f UNIMAS 2022 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia