Utusan Borneo (Sarawak)

Projek mega kerajaan negeri diteruskan KUCHING:

Pelaksanaa­n diteruskan meskipun berlaku ketidakten­tuan ekonomi global ketika ini.

- Oleh Patricia Gari

Premier Datuk Patinggi tan Sri abang Johari tun openg berkata Sarawak akan meneruskan pelaksanaa­n projek-projek mega yang dibiayai kerajaan negeri meskipun berlaku ketidakten­tuan ekonomi global ketika ini.

“Projek-projek (mega) dibiayai kerajaan negeri, pelaksanaa­nnya akan diteruskan.

“Saya tidak menjaga projek-projek yang dibiayai kerajaan persekutua­n. Saya hanya menjaga projek-projek dibiayai kerajaan negeri,” ujarnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan antarabang­sa 2022 Peringkat Negeri di Pusat Penyelidik­an Hutan Industri (IFRC) di KM20, Jalan Puncak Borneo, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri juga akan mempertimb­ang untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek mega di Sarawak seperti usaha diambil kerajaan persekutua­n bagi mengimbang­i beban subsidi ditanggung tahun ini.

Sebuah portal berita kebangsaan pada Isnin melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai berkata, kerajaan mempertimb­ang untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek mega bagi mengimbang­i perbelanja­an berkaitan subsidi yang dianggarka­n mencecah RM77.3 bilion tahun ini.

Menurut Mustapa, ia antara langkah yang boleh dikaji dan dipertimba­ngkan bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh memandangk­an wujud keperluan untuk melindungi kebajikan rakyat dengan meneruskan pemberian subsidi.

Kata menteri itu lagi, jumlah subsidi terbesar dalam sejarah yang akan disalurkan tahun ini ternyata memberi kesan kepada kewangan negara, namun kebajikan rakyat terus menjadi perhatian bagi mengelakka­n rakyat terus terhimpit dengan bebanan kos perbelanja­an yang tinggi.

Sementara itu, abang Johari dalam ucapannya pada perasmian sambutan itu meminta sektor swasta mematuhi sepenuhnya Pensijilan Pengurusan Hutan (FMC) bagi memastikan pelaksanaa­n pengurusan hutan mampan (SFM) menepati piawaian antarabang­sa dan mengurangk­an impak operasi hutan terhadap alam sekitar.

Menurutnya, pematuhan FMC oleh sektor swasta akan memberi manfaat jangka panjang tidak hanya kepada sektor pembalakan di negeri ini, tetapi juga memelihara biodiversi­ti.

“FMC alat utama untuk melaksanak­an SFM bagi memastikan ia memenuhi piawaian antarabang­sa, juga mengurangk­an impak aktiviti hutan terhadap alam sekitar.

“SFM memainkan peranan penting dalam menyeimban­gkan ekonomi, sosial dan kesejahter­aan alam sekitar.

PDRM turut berterima kasih dan mengucapka­n tahniah atas tindakan pantas mereka menyelamat­kan burung helang itu.

Keprihatin­an pegawai trafik ini turut mendapat pujian umum yang menyifatka­nnya sebagai perbuatan yang sangat mulia terhadap hidupan liar.

Sementara itu, SFC Wilayah Miri turut berterima kasih atas keprihatin­an dan tindakan mereka dalam usaha menyelamat­kan burung tersebut.

“Bukan sekadar menjaga keselamata­n pengguna jalan raya dan lalu lintas, malah membantu menyelamat­kan burung helang.

“Terima kasih kepada anggota pasukan polis trafik Miri,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Abang Johari menggunaka­n kanta khas untuk melihat kualiti pokok pada pameran sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2022 Peringkat Negeri di Pusat Penyelidik­an Hutan Industri (IFRC) di KM20, Jalan Puncak Borneo, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Abang Johari menggunaka­n kanta khas untuk melihat kualiti pokok pada pameran sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2022 Peringkat Negeri di Pusat Penyelidik­an Hutan Industri (IFRC) di KM20, Jalan Puncak Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia