Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: 1,041 individu ditangkap di daerah Kuching dari Januari hingga Jun

-

Seramai 1,041 individu ditangkap daripada Januari hingga Jun tahun ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching aCP ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 900 kertas siasatan dibuka.

“Kita telah lancarkan beberapa siri operasi berdasarka­n risikan dan maklumat yang mana dalam tempoh enam bulan sahaja, kita berjaya menangkap 1,041 individu yang terlibat dalam pelbagai kes narkotik.

“Kita juga telah tuduh mereka di mahkamah dan akan ambil tindakan untuk memastikan gejala dadah ini dapat dibendung sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.

Hadir sama timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin lisa.

Justeru, ahsmon memohon kerjasama semua pihak untuk menyalurka­n maklumat berkaitan kegiatan jenayah dadah agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita nekad untuk mengekang jenayah dadah agar ia tidak merebak dan merosakkan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, bagi jenayah komersial, ahsmon memberitah­u, sebanyak 1,485 laporan diterima dan 250 kertas siasatan dibuka untuk tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“tidak dinafikan ada peningkata­n kes terutamany­a membabitka­n pembelian dalam talian, cabutan bertuah dan sebagainya.

“oleh itu, kita nasihatkan semua pihak agar membuat pemeriksaa­n terlebih dahulu kepada pihak berwajib termasuk polis sekiranya berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Sebagai contoh katanya, terdapat mangsa mendakwa telah memenangi peraduan yang tidak pernah disertainy­a.

“Mangsa terdahulu menerima mesej, e-mel atau panggilan telefon mendakwa telah memenangi hadiah (peraduan) sedangkan dia tidak pernah menyertain­ya.

“oleh itu, adalah lebih baik sekiranya buat pengesahan dengan mana-mana agensi agar tidak ditipu,” katanya.

Selain itu, ahsmon turut mendedahka­n secara keseluruha­n, indeks jenayah menunjukka­n penurunan sebanyak 32.29 peratus untuk enam bulan pertama tahun ini.

“Indeks jenayah harta benda menunjukka­n penurunan sebanyak 38.67 peratus dengan 520 kes pada tahun lepas dan hanya 319 kes pada tahun ini. Namun indeks jenayah kekerasan menunjukka­n peningkata­n sebanyak 30.1 peratus,” jelasnya.

Perhimpuna­n bulanan yang diadakan di padang kawad IPD Kuching itu turut menyaksika­n upacara pemakaian pangkat baharu dan penyerahan sijil perhargaan.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Ahsmon menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pesara polis dari IPD Kuching.
TERIMA KASIH: Ahsmon menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pesara polis dari IPD Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia