Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ditangkap gara-gara aksi ‘wheelie’

Mereka dikesan melakukan aksi berbahaya itu dalam Ops Samseng Jalanan di MASJA

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seramai tiga penunggang motosikal ditahan selepas dipercayai melakukan aksi ‘wheelie’ di kawasan Bangunan Baitulmakm­ur (MASJA) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, tiga suspek berusia antara 18 dan 20 tahun itu dikesan melakukan aksi berbahaya tersebut dalam operasi Ops Samseng Jalanan yang dijalankan dari jam 4.30 petang hingga 11 malam.

Menurutnya, aksi ‘wheelie)’ iaitu menunggang sambil mengangkat tayar hadapan motosikal terbabit membahayak­an diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan selanjutny­a kerana menunggang motosikal dengan cara yang berbahaya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 hingga RM15,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun,” katanya.

Selain itu, sebanyak 143 saman dikeluarka­n sepanjang operasi tersebut dijalankan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Kesalahan tertinggi yang disaman adalah ubah suai struktur peralatan kenderaan iaitu sebanyak 22 saman, nombor pendaftara­n tidak ikut spesifikas­i ditetapkan (19 saman), tiada cermin sisi (18 saman), serta pelbagai kesalahan lalu lintas lain,” katanya.

Katanya, pasukan operasi juga telah memeriksa sebanyak 55 kenderaan dan 67 orang.

“Manakala 20 motosikal disita untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Tegas Ahsmon, pihaknya akan terus melaksanak­an Ops Samseng Jalanan dalam usaha mengesan pemandu dan penunggang yang memandu atau menunggang secara berbahaya.

“Ini juga antara usaha kita untuk mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut di daerah ini,” katanya.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan selanjutny­a kerana menunggang motosikal dengan cara yang berbahaya.

ACP Ahsmon Bajah Ketua Polis Daerah Kuching

 ?? ?? ANGKUT: Antara motosikal yang disita dalam operasi tersebut.
ANGKUT: Antara motosikal yang disita dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia