Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita tempatan, lelaki Indonesia mengaku terlibat judi dalam talian

-

KUCHING: Seorang wanita tempatandi­dendaRM10,000, manakala kenalannya, seorang remaja lelaki Indonesia berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah terlibat aktiviti perjudian dalam talian.

Chan Li Xian, 24, dan remaja yang berasal dari Pontianak tersebut membuat pengakuan berkenaan sebaik didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 untuk setiap mesin judi dirampas dan boleh dipenjara tidak lebih dari lima tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Zaiton Anuar memerintah­kan Chan dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Beliau (Zaiton) juga mengarahka­n hukuman penjara bagi remaja Indonesia tersebut dikuat kuasakan dari tarikh tangkap iaitu pada 3 Jun lalu, selain memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selesai menjalani hukuman, untuk tindakan selanjutny­a.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengendali­kan mesin perjudian dalam talian berupa set komputer dalam satu kejadian pada 3 Jun lalu, sekitar jam 12.40 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Stutong di sini.

Mengikut fakta kes, wanita dan remaja tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang melakukan serbuan terhadap premis tersebut pada hari kejadian.

Pasukan serbuan seterusnya menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut terhadap set komputer yang dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian dan laporan pakar judi juga mengesahka­n ia merupakan mesin judi.

Antara barangan yang dirampas adalah tetikus, telefon bimbit dan telefon pintar, modem, penyambung elektrik, helaian kertas tercatit kod pemain judi dalam talian dan papan kekunci.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia