Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki minuman keras tanpa duti kastam, lelaki gagal bayar denda dipenjara

-

SIBU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah memiliki sejumlah minuman keras pelbagai jenama tanpa duti kastam yang dianggarka­n bernilai RM13,105.80.

Majistret Mohd Syukuri Mokhtar juga mengarahka­n tertuduh, Nornikman Sidek, 34, membayar duti kastam sebanyak RM12,600 dalam masa dua minggu atau dikenakan penjara empat bulan.

Nornikmat yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un gagal membayar denda serta duti import terbabit lalu diperintah­kan menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sejumlah minuman keras pelbagai jenama bernilai RM13,105.80 serta duti kastam berjumlah RM12,600 pada 3 Julai 2019, kira-kira jam 12.50 tengah hari di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Sibu, Jalan Deshon.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta sama, yang memperuntu­kan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000 serta tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000, yang mana lebih tinggi, atau penjara tidak kurang enam bulan serta tidak lebih lima tahun.

Berdasarka­n fakta kes, pada 3 Julai 2019 kira-kira jam 12.50 tengah hari, sepasukan pegawai penguatkua­saan JKDM Sibu telah melakukan pemeriksaa­n rapi ke atas sebuah kontena di pekarangan stor JKDM Sibu.

Hasil pemeriksaa­n, pasukan telah menjumpai 2,520 liter minuman keras jenama Tsingtao dan Guinnes Stout bernilai RM13,105.80 dengan duti kastam sebanyak RM12,600 yang disyaki belum dijelaskan duti kastam.

Minuman keras tersebut juga tidak diikrar dalam borang kastam dan satu laporan polis telah dibuat dengan tangkapan tersebut.

Rakaman kenyataan telah diambil dan tertuduh mengaku barangan tersebut adalah miliknya.

Pendakwaan kes dilakukan oleh pegawai pendakwa JKDM James Ho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia