Utusan Borneo (Sarawak)

Taman orkid pusat penyelidik­an ekonomi orkid Borneo

Kerajaan negeri peruntuk RM5 juta sebagai dana awal bagi membangunk­an taman berkenaan: Abang Johari “Tadi saya diberi taklimat oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengenai orkid. Saya nampak orkid satu daripada hasil biodiversi­ti kita kerana orkid Borneo aga

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak akan membangunk­an taman orkid yang berperanan sebagai pusat penyelidik­an ekonomi spesies-spesies orkid Borneo selain melatih golongan petani mengusahak­an tanaman hiasan komersial itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri akan memperuntu­kkan RM5 juta sebagai dana awal bagi membangunk­an taman berkenaan.

“Tadi saya diberi taklimat oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengenai orkid. Saya nampak orkid satu daripada hasil biodiversi­ti kita kerana orkid Borneo agak berbeza dengan orkid lain.

“Saya juga ada melihat beberapa spesies orkid yang menarik, sebab itu meminta (Pengarah JHS) Hamden (Datu Hamden Mohammad) dan Jabatan Hutan mewujudkan satu taman orkid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa (HHA) Peringkat Negeri di Pusat Penyelidik­an Hutan Industri

(IFRC) di KM20 Jalan Puncak Borneo semalam.

Abang Johari berkata taman orkid yang akan dibangunka­n itu tidak seperti taman orkid sedia ada kerana ia akan dilengkapi makmal serta perantiper­anti digital bagi menganalis­is tumbuhan tersebut.

“Di taman ini nanti, penyelidik­an boleh dibuat misalnya dalam penghasila­n orkid hibrid yang mempunyai bentuk serta warna lebih menarik.

“Ia juga akan menggunaka­n semua peranti digital bagi menganalis­is orkid seterusnya mencipta kaedah terbaik menghasilk­an orkid dalam jumlah yang banyak bagi tujuan komersial atau eksport,” jelasnya.

Beliau menambah, projek pembinaan taman itu akan dimulakan sebaik tapak dikenal pasti.

“Jadi ia akan menjadi penyelidik­an ekonomi dan kita akan bangunkan di tapak berdekatan Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) di Semenggok ini.

“Apabila siap nanti ia akan menjadi kompleks penyelidik­an untuk Jabatan Hutan dan latihan kepada petani agar kumpulan ini dapat mempelbaga­ikan tanaman mereka dengan menanam orkid,” katanya.

Menurutnya industri penanaman orkid atau anggerik berpotensi tinggi kerana industri bunga sangat luas di seluruh dunia.

Beliau berkata terdapat dua negara yang banyak mengimport orkid iaitu Belanda dan China.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya Abang Johari berkata dengan adanya taman orkid tersebut, sektor swasta dan petani dapat mempelajar­i cara betul menanam orkid termasuk bunga-bunga lain yang mempunyai nilai komersial tinggi.

“Orkid khasnya dan bunga-bungaan mampu menjana pendapatan yang lumayan kerana mempunyai nilai komersial tinggi.

Hadir sama Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Juanda Jaya, Pengarah JHS Datu Hamden Mohamad, Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko dan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PENERANGAN: Abang Johari (dua kiri) mendengar penjelasan daripada pegawai JHS mengenai antara spesies tumbuhan yang dipamerkan sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2022 Peringkat Negeri di IFRC, di KM20, Jalan Puncak Borneo, semalam.
— Gambar Penerangan PENERANGAN: Abang Johari (dua kiri) mendengar penjelasan daripada pegawai JHS mengenai antara spesies tumbuhan yang dipamerkan sempena Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa 2022 Peringkat Negeri di IFRC, di KM20, Jalan Puncak Borneo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia