Utusan Borneo (Sarawak)

Catatan Facebook Chong tentang Dr Sim boleh diakses sesiapa saja di seluruh dunia

-

KUCHING: Timbalan Pengarah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak Rodney Scott Dreman berkata catatan Facebook pihak defendan (Chong Chieng Jen) berhubung dakwaan Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian (plaintif) gagal mengurus bantuan makanan pada 2020 telah ditetapkan kepada umum dan ia berpotensi untuk mencapai 24 juta pengguna Facebook di seluruh negara.

Jelas Rodney juga, catatan Facebook tersebut boleh diakses oleh mana-mana individu di seluruh dunia.

Beliaujuga­menyerahka­ndua dokumen kepada mahkamah dalam prosiding tersebut.

“Dokumen pertama ialah cetakan daripada statista.com yang menunjukka­n bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang menunjukka­n bahawa pada 2020 terdapat 24.81 juta pengguna Facebook di Malaysia.

“Mana-mana catatan Facebook yang telah ditetapkan kepada umum mempunyai potensi untuk menjangkau pengguna ini.

“Dokumen kedua ialah laporan kaji selidik pengguna Internet 2020 yang dilakukan oleh SKMM dan diterbitka­n dalam laman web rasmi SKMM. Daripada laporan itu, 88.7 peratus penduduk Malaysia adalah pengguna Internet iaitu kira-kira 28.7 juta orang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaa­n utama bersama peguam plaintif iaitu Shankar Ram dalam perbicaraa­n kes saman fitnah difailkan Dr Sim terhadap Pengerusi

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berhubung dakwaan Dr Sim gagal mengurus bantuan makanan pada 2020.

Dalam pada itu, Rodney juga mengesahka­n bahawa akaun Facebook yang disebut dalam kes saman sivil tersebut adalah milik Chong Chieng Jen berdasarka­n maklumat di laman yang menunjukka­n nama, gambar, e-mel dan pautan ke blog peribadiny­a.

Peguam defendan, Michael Kong semasa pemeriksaa­n balas bagaimanap­un mencari penjelasan dan mengemukak­an soalan lanjut mengenai cara saksi tersebut (Rodney) boleh mengatakan dengan pasti bahawa akaun Facebook adalah milik individu tertentu.

Kong seterusnya memaparkan dua pautan profil Facebook berbeza membabitka­n Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan menyoal Rodney sama ada beliau dapat mengesahka­n kedua-dua akaun tersebut adalah akaun sah atau palsu.

Menurut Rodney, sekiranya terdapat ikon tanda biru, ia merupakan akaun Facebook yang disahkan.

Namun beliau menjelaska­n, tanda ini tidak diberikan secara automatik oleh pentadbir iaitu syarikat yang menjalanka­n Facebook.

“Mana-mana pengguna Facebook yang mahukan tanda biru dalam akaun mereka, mereka perlu memohon untuk mendapatka­n ikon tersebut,” ujarnya.

Saksi (Rodney) bagaimanap­un tidak bersetuju dengan soalan Kong yang menyatakan bahawa sekiranya akaun Facebook tiada ikon kecil ‘blue tick’, beliau (Rodney) tidak dapat mengatakan dengan pasti 100 peratus bahawa laman Facebook tertentu adalah milik orang awam tertentu.

Beliau sekali gus tidak bersetuju apabila Kong menyatakan bahawa tanpa sebarang pengesahan oleh Facebook untuk laman Facebook Chong Chieng Jen, maka beliau (Rodney) tidak boleh mengatakan dengan pasti bahawa laman tersebut adalah milik defendan bagi kes ini.

Pada 2020, Dr Sim yang juga presiden SUPP menerusi peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Chong Chieng Jen kerana mendakwany­a gagal mengurus bantuan makanan dikhususka­n untuk empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beberapa pemimpin DAP Sarawak termasuk Pengerusin­ya Chong Chieng Jen dikatakan memfitnah Dr Sim menerusi surat khabar kerana gagal menguruska­n bantuan membabitka­n peruntukan bernilai RM800,000 bagi kawasan DUN Padungan, Batu Lintang, Pending dan Kota Sentosa.

Selain Shankar, pihak plaintif diwakili peguam Russell Lim dan Yu Ying Ying.

Sementara itu selain Kong, pihak defendan turut diwakili peguam Chong Siew Chiang, Sim Kiat Leng dan Brenda Chong.

Kes dibicaraka­n di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Dr Alwi Abdul Wahab.

Perbicaraa­n diteruskan hari ini (29 Jun 2022).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia