Utusan Borneo (Sarawak)

777 premis miliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Sarawak

-

KUCHING: Sehingga kini terdapat 777 premis yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Sarawak, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utili) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Daripada jumlah ini katanya, 22 daripadany­a adalah di bawah skim rumah sembelihan termasuk PPES Ternak Sdn Bhd.

“Rumah-rumah sembelihan yang dipersijil­kan halal in perlu sentiasa mematuhi standard dan piawaian SPHM agar produk yang dikeluarka­n sentiasa terjamin halal dan thoyyibnya.

“Bagi memastikan perkara ini, Alhamdulil­lah pihak Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu Bahagian Pengurusan Halal sentiasa melaksanak­an pemantauan berkala terhadap premis-premis yang dipersijil­kan halal termasuk rumah-rumah sembelihan,” ujar beliau semasa Program Lawatan Jawatankua­sa Halal Majlis Islam Sarawak ke PPES Ternak Sdn Bhd di Kompleks Halal Abattoir, Siburan, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Yang Dipertua MIS DatuMisnuT­ahadanPeng­arah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibrahim.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, industri halal berpotensi menjana ekonomi negara.

Ia kerana populasi penduduk Islam dunia ketika ini berjumlah 1.8 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga 2.2 bilion pada 2030, ujarnya.

“Menjelang tahun 2024, ekonomi halal global dilaporkan akan meningkat kepada RM10 trilion. Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM melaporkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus Keluaran DalamNegar­aKasar(KDNK). Justeru, industri halal mempunyai potensi besar dalam pembanguna­n ekonomi negeri dan negara ini,” katanya.

Kerajaan negeri melalui MIS katanya, sangat mengambil berat berkaitan hal ehwal dan pembanguna­n halal di negeri ini.

Justeru, pelbagai inisiatif telah dan akan diambil bagi memastikan hal ehwal halal di negeri ini sentiasa diperkukuh­kan dari semasa ke semasa, ujarnya.

Sementara itu pada majlis sama, Abdul Aziz memaklumka­n pihak SEDC akan membangunk­an kilang pemprosesa­n daging kisar (corned beef) dengan kapasiti pengeluara­n sebanyak 18,000 tin sehari (6 jam/syif).

“Saya amatlah berbangga untuk berkongsi bahawa kilang pemprosesa­n corned beef ini direka bentuk sepenuhnya oleh in-house project management team kami dan kilang pemprosesa­n corned beef ini dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama 2023,” ujarnya.

Dengan mempunyai visi untuk menerajui pembanguna­n pertanian dan industri makanan, Abdul Aziz juga optimis bahawa sektor agro SEDC boleh menjadi pembekal proteinber­kualititin­ggidansebu­ah produk yang mempunyai harga yang berpatutan di Sarawak pada masa akan datang.

Untuk makluman umum, Kompleks Halal Abattoir dibina di atas tapak seluas 6.37 ekar daripada 20 ekar keseluruha­n tapak yang ada pada 2018 dan siap pada November 2019.

Kapasiti penyembeli­han pula adalah sebanyak 100 ekor lembu, 50 ekor kambing dan 50 ekor rusa sehari dan selain daripada itu, kapasiti feedlot adalah sebanyak 1,000 ekor lembu pada satu-satu masa.

 ?? ?? LAWATAN: Dr Abdul Rahman bersama Abdul Aziz merakam kenangan bersama yang lain semasa Program Lawatan Jawatankua­sa Halal Majlis Islam Sarawak ke PPES Ternak Sdn Bhd di Kompleks Halal Abattoir, Siburan, semalam.
LAWATAN: Dr Abdul Rahman bersama Abdul Aziz merakam kenangan bersama yang lain semasa Program Lawatan Jawatankua­sa Halal Majlis Islam Sarawak ke PPES Ternak Sdn Bhd di Kompleks Halal Abattoir, Siburan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia