Utusan Borneo (Sarawak)

Kecaman terhadap anggota bomba amat dikesali

Khirudin terkilan dengan kecaman sesetengah masyarakat apabila anggotanya lambat tiba di lokasi ketika operasi menyelamat dilancar

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman terkilan dengan kecaman yang dilemparka­n sesetengah masyarakat apabila anggotanya lambat tiba di lokasi ketika operasi menyelamat dilancarka­n.

Beliau berkata, dalam kes besar operasi mencari dan menyelamat di air misalnya, ada individu yang menyalahka­n bomba lambat walaupun kawasan pencarian agak jauh dari lokasi mangsa hilang atau lemas.

Jelas beliau lagi, anggotanya terpaksa berjalan kaki sehingga dua kilometer di kawasan mangsa hilang apabila tidak dapat diakses dengan menggunaka­n jentera.

“Apabila berlaku kes kemalangan (lemas atau hilang) kita tidak dapat akses dan terpaksa berjalan kaki dan apabila berlaku kemalangan seperti ini kesannya bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga terhadap agensi penyelamat.

“Saya cukup terkilan kes berlaku di Lawas contohnya, tetapi mereka (netizen) yang komen berada di Samariang, Petra Jaya, bukan berada di Lawas pun tetapi saja-saja membuat komen.

“Masyarakat kena sensitif dan jadi komuniti bijak.

“Perkara ini banyak berlaku, kita sedih apabila kita nak mengajar mereka akhirnya timbul perbalahan, jika terdidik dengan ilmu dan pengetahua­n perkara ini boleh dielak,” katanya ketika ditemui media selepas ujian perjalanan bot getah (IB) dan bot fiber di Sungai Pandaruan di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Sebi Abang, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, Ketua Unit Bahagian Keselamata­n Kebakaran (BKK) Zon Tujuh Limbang Zaki Hussin, Pegawai Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Clarence D. Primus Tiandun, Ketua BBP Limbang Chong Bui Chyan dan Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim.

Khirudin berkata lagi,

Majlis Keselamata­n Aktiviti Di Air terus dimantapka­n dengan mengenal pasti punca kepala air, kawasan sungai yang mempunyai banyak buaya dan kawasan selamat untuk mandi-manda.

Bagaimanap­un katanya, masyarakat perlu lebih peka terhadap persekitar­an dan menyemak dulu kawasan peranginan dan lokasi mandimanda kerana kemalangan di air berlaku berdasarka­n aktiviti manusia itu sendiri.

Menurutnya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran bahawa terdapat bahaya yang tersembuny­i yang perlu diketahui supaya langkahlan­gkah pencegahan serta kesedaran dapat diambil.

Beliau memberitah­u lagi, sebanyak 70 peratus kes yang diterima pihaknya di negeri ini membabitka­n tugas menyelamat yang kini menjadi tugas utama selain memadam kebakaran sejajar dengan Akta Bomba Pindaan 2018.

“Di Sarawak tugas menyelamat merupakan tugas besar terutama melibatkan kes-kes kecemasan di air.

“Dari segi keupayaan, kerajaan membekalka­n jabatan kita dengan kelengkapa­n aset di air dan untuk tempoh jangka pendek kita terus bekerjasam­a dengan agensi lain termasuk JPBB Limbang yang mengkoordi­nasi aset agensi lain untuk membantu kita dalam tugas menyelamat khusus di air,” katanya.

Katanya, Bot IB yang digunakan Bomba Zon Tujuh Limbang mudah untuk diatur gerak dan dikendalik­an, selain dapat meningkatk­an kecekapan operasi penyelamat­an.

“Apabila berlaku kes kemalangan (lemas atau hilang) kita tidak dapat akses dan terpaksa berjalan kaki dan apabila berlaku kemalangan seperti ini kesannya bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga terhadap agensi penyelamat. ” Datu Khirudin Drahman Pengarah JBPM Negeri Sarawak

 ?? ?? BERSEDIA MENYELAMAT: Khirudin (duduk tengah) bersama Zaki (kiri), (dari empat kiri) Mohd Hazmin, Azman dan Sebi serta Clarence (empat kanan) melakukan pengujian aset bot di Sungai Pandaruan, kelmarin.
BERSEDIA MENYELAMAT: Khirudin (duduk tengah) bersama Zaki (kiri), (dari empat kiri) Mohd Hazmin, Azman dan Sebi serta Clarence (empat kanan) melakukan pengujian aset bot di Sungai Pandaruan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia