Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba pergiat latihan SWART dan perkasa PBS

-

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak terus melatih Pasukan Penyelamat dan Keselamata­n Air (SWART), selain memperkasa peranan 56 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sedia ada.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata, penubuhan SWART di Telaga Air, Bako dan Buntal di Kuching serta memperkasa PSB antara pendekatan yang dilakukan pihaknya untuk membantu bomba dalam operasi penyelamat­an di air.

“Pendekatan kita adalah untuk melatih anak tempatan di mana mereka ini terdiri daripada nelayan dan pemancing biasa yang membantu bomba dalam tempoh lima minit pertama operasi penyelamat­an di air.

“Peranan SWART dan PBS membantu mengurangk­an impak berbanding penubuhan Bomba Air yang memerlukan peruntukan besar, ini pendekatan kita,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Program Bomba Komuniti, Fire Point, Celik Suri dan Kempen Keselamata­n Kebakaran Peringkat Zon Tujuh Limbang di Kampung Seberang Kedai di sini, Ahad lalu.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Sebi Abang, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, Ketua Cawangan Kesedaran Awam JBPM Sarawak Nick Mohd Afiq, Ketua Unit Bahagian Keselamata­n Kebakaran (BKK) Zon Tujuh Limbang Zaki Hussin dan Pegawai Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Clarence D. Primus Tiandun.

Khirudin berkata lagi, pendekatan yang digunakan pihaknya adalah untuk melatih masyarakat dengan kemahiran menyelamat.

“Mereka ini akan dilatih respons mencukupi yang kita buat sekarang, seperti kes di Simunjan dan Saratok mereka membantu bomba memadam kebakaran di rumah panjang.

“Kita menghargai peranan mereka dan menganuger­ahkan mereka sijil penghargaa­n dan memberi anugerah mereka dengan sijil ‘champion’, itu yang kita buat,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, Sarawak mempunyai 39 balai termasuk Balai Bomba Lutong yang terkini dan akan beroperasi.

“Berdasarka­n kajian, kita ada 65 lokasi yang mana kajian terperinci perlu dibuat sama ada menggunaka­n kategori E atau kaedah PBS.

“PBS yang ada ini akan diperkasa dengan aset yang sewajarnya,” ujarnya.

 ?? ?? DIPERKASA: Khirudin (enam kiri) bersama (dari tiga kiri) Mohd Hazmin, Nick, Sebi dan Zaki pada Penutupan Program Bomba Komuniti di Kampung Seberang Kedai, Limbang Ahad lalu.
DIPERKASA: Khirudin (enam kiri) bersama (dari tiga kiri) Mohd Hazmin, Nick, Sebi dan Zaki pada Penutupan Program Bomba Komuniti di Kampung Seberang Kedai, Limbang Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia