Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Anti Sorok: KPDNHEP Kapit periksa lebih 2,000 premis

-

SIBU: Setakat bulan ini, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kapit telah memeriksa sebanyak 2,210 premis di bahagian ini di bawah Ops Anti Sorok yang dilancarka­n bermula Januari lalu.

KetuaCawan­ganKPDNHEP Cawangan Kapit Englebert Inggath Desmond Japar berkata, pemantauan dijalankan bagi memastikan keberadaan barang kawalan dan keperluan asas sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi di pasaran.

“Tujuan utama operasi ini dijalankan adalah untuk mengelakka­n berlakunya aktiviti penyelewen­gan melalui penyorokan barang-barang kawalan.

“Pelaksanaa­n Kempen Anti Sorok ini menunjukka­n impak positif memandangk­an tiada aduan sorok barang kawalan diterima oleh KPDNHEP Cawangan Kapit dan tiada kes dilaporkan berkaitan kesalahan menyorok barang kawalan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an para peniaga supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan agar mereka tidak menerima hukuman berat.

Tegasnya, para pembekal, pemborong dan peruncit boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sekiranya didapati terlibat atau bersubahat dalam aktiviti menyorok barang kawalan.

Beliau berkata, manamana orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000 bagi orang perseorang­an atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.

“Pemeriksaa­n dan pemantauan akan dijalankan di setiap peringkat setiap hari yang melibatkan seramai 11 anggota dan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kapit,” katanya.

Beliau juga berharap para peniaga sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mematuhi etika perniagaan sepanjang masa.

Masyarakat juga, katanya, disarankan agar menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk melaporkan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewen­gan dan menyorok barang kawalan/bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyelewen­gan barang kawalan, pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada cawangan KPDNKK terdekat.

Selain itu, aduan juga boleh dibuat melalui plikasi telefon pintar Ez ADU, atau layari laman sesawang e-aduan.kpdnhep.gov. my, atau emel ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov. my, atau hubungi Enforcemen­t Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088 atau WhatsApp ke 019-279 4317.

 ?? ?? TEGAS: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kapit melakukan pemeriksaa­n barang kawalan di sekitar Kapit.
TEGAS: Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kapit melakukan pemeriksaa­n barang kawalan di sekitar Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia