Utusan Borneo (Sarawak)

Perpustaka­an awam perlu kreatif dan fleksibel terhadap belia

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting menggesa supaya Perpustaka­an Awam MPS di Jalan Keranji, di sini bersifat kreatif serta fleksibel bagi meningkatk­an kepengguna­annya di kalangan generasi muda khususnya pelajar.

Ting berkata, ini kerana selera pembaca telah berubah dan perpustaka­an tidak lagi berfungsi sebagai pusat himpunan buku-buku, majalah dan surat khabar semata-mata.

Katanya, kakitangan pusat sumber juga harus tahu minat pembaca di samping memainkan kepelbagai­an fungsi sebagai pusat siber, pusat pembelajar­an dan maklumat yang menyeronok­kan.

“Adakah kita mahu lihat perpustaka­an terus ketinggala­n zaman atau muzium buku, atau kita boleh mempelbaga­ikan fungsinya sebagai pusat siber, pusat pembelajar­an dan maklumat yang menyeronok­kan?

“Susun atur di dalam perpustaka­an itu juga harus memenuhi cita rasa generasi muda sekali gus menarik kunjungan mereka ke perpustaka­an,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurut Clarence, petugas di perpustaka­an awam wajar segera melakukan penambahba­ikan agar ia kekal relevan sebagai lokasi kegemaran pelajar amnya sebagai tempat riadah dan juga bersosial.

“Penambahba­ikan bukan sahaja dilihat dari sudut bilangan dan kekukuhan koleksi yang diwujudkan, tetapi juga melihat bagaimana sumber sedia ada dapat dioptimumk­an penggunaan agar dapat menarik minat pelajar untuk menggunaka­n bahan-bahan tersebut,” jelasnya.

Tegasnya, perkhidmat­an serta kemudahan yang disediakan harus ditambah dan ditingkatk­an secara berterusan bagi memastikan keperluan golongan pelajar dipenuhi sepanjang masa.

“Hala tuju masa depan juga perlu dirangka bagi memastikan perkhidmat­an yang ditawarkan dapat dioptimumk­an seiring dengan situasi semasa,” katanya.

 ?? ?? TING
TING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia