Utusan Borneo (Sarawak)

PBOBS Sibu sasar rumah terbuka 23 Oktober ini kutip RM200,000

-

SIBU: Pertubuhan Bagi OrangButaS­arawak(PBOBS) Bahagian Sibu menyasarka­n untuk mengumpul sebanyak RM200,000 melalui program rumah terbukanya tahun ini yang akan diadakan pada 23 Oktober nanti.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, program itu kembali semula dianjurkan selepas dihentikan selama dua tahun kerana penularan pandemik COVID-19.

“Sasaran kami adalah untuk mengumpul RM200,000 daripada program rumah terbuka yang akan diadakan di Pusat PBOBS, Jalan Bukit Lima di sini bagi membantu golongan tersebut.

“Rumah terbuka akan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Sehubungan itu, kami merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk membantu kami dalam usaha ini,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Ting yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) berkata, golongan orang buta tidak mempunyai pendapatan selama dua tahun kerana rumah terbuka tidak dapat dianjurkan ketika tempoh pandemik lalu.

“Kami telah bertahan dengan pembiayaan kami sendiri,” katanya.

Tambah Ting, pengerusi jawatankua­sapenganju­rprogram tersebut ialah Datin Judy Lau yang juga Timbalan Pengerusi PBOBS Bahagian Sibu.

Beliau berkata, mereka telah menjemput pesara hakim mahkamah rayuan Datuk Stephen Chung sebagai tetamu kehormat.

“Pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman akan dijual pada program rumah terbuka itu nanti seperti sebelum ini.

“Terdapat juga aktivitiak­tiviti sampingan bagi memeriahka­n program yang telah dirancang dalam usaha kita menunjukka­n rasa keprihatin­an terhadap golongan kurang bernasib baik ini,” tambahnya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Bendahari Lang Jai Lee.

 ?? ?? JUMPA NANTI: Ting (duduk, lima kiri) serta yang terlibat dalam program tersebut pada sidang media di Sibu, kelmarin.
JUMPA NANTI: Ting (duduk, lima kiri) serta yang terlibat dalam program tersebut pada sidang media di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia