Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran rumah dan kediaman HOMElove kembali lagi

Pameran diadakan di BCCK pada 30 Jun hingga 3 Julai menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada pengunjung

-

KUCHING: Acara pameran rumah dan kediaman terhangat di Malaysia Timur HOMElove kini bakal kembali dan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 30 Jun hingga 3 Julai 2022.

Menurut satu kenyataan semalam, penganjur menawarkan hadiah-hadiah menarik di pameran rumah dan kediaman itu.

Justeru, HOMElove mengajak seluruh warga Kuchingmem­bawatemand­an keluarga untuk bertandang ke pamerannya di sini.

Tambah pihaknya, terdapat pelbagai pilihan perhiasan ringkas, perabot yang terperinci dan peralatan memasak asas sehingga ke karya agung yang paling canggih dan halus untuk dapur moden disediakan.

Juga ditampilka­n rak pakaian tahan lasak ke almari pakaian dan kelengkapa­n, atau hanya jubin dan penapis air, HOMElove pastinya destinasi pilihan pemilik rumah dan tukang rumah.

Untuk rujukan mudah dan pengalaman membeli-belah yang lebih memuaskan, pameran ini dibahagika­n secara sistematik kepada kategori: perabot, tilam, set bilik tidur dan produk peralatan tempat tidur, sistem keselamata­n rumah, rumah pintar dan suis.

Tidak dilupakan pintu dan jeriji, tingkap dan pintu, konsultasi kabinet dapur, almari pakaian dan reka bentuk dalaman, audio visual dan peralatan rumah, perkakas dapur, penapisan air serta pemanas haba.

Daftarkan lawatan anda untuk merebut beg kering edisi terhad HOMElove dan baucar boleh tebus kopi BlackBixon secara percuma.

Hanya perlu daftarkan diri anda dan berpeluang memenangi Tefal Frutelia, Juicer Philips atau Lebensstil Chopper.

Nama pemenang akan diumumkan pada akhir pameran itu nanti.

Juga hanya dengan berbelanja minimum RM1,000 dan bertanding untuk hadiah hebat ini: iTAZZO i-Processor (10dalam-1 Baharu) bernilai RM4,488.

Justeru, sertai peraduan tag, kongsi dan menang di Facebook dan berpeluang memenangi Set Kopi BlackBixon (bernilai RM915).

Untuk menang orang ramai hanya perlu klik ke HOMElove Home & Living Exhibition di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, 30 Jun - 3 Julai, 10 pagi-9 malam!

KemudianLI­KEpostinid­an page rasmi BLACKBIXON FB serta tag lima rakan dan komen ‘HOMElove UNBEATABLE SALE di BCCK!’

Diskaunseh­ingga80per­atus untuk pengubahsu­aian, hiasan dan peralatan rumah.

Jangan lupa untuk kongsikan pos ke profil FB untuk tontonan umum serta pemenang akan dipilih secara rawak.

Dapatkan kupon diskaun di

Kaunter Pendaftara­n apabila anda melawat HOMElove dan belanjakan­nya di gerai yang ditetapkan untuk lebih menjimatka­n.

Namun ia terhad untuk diberikan kepada 300 pengunjung pertama setiap hari.

Nikmati juga hadiah percuma dan baucar tunai sehingga RM100,000 untuk direbut apabila anda membelanja­kan RM1,000 dan ke atas.

Belilah dengan HOMElove untuk perabot rumah baharu atau peralatan elektrik anda dengan menikmati tawaran eksklusif dan harga yang sangat rendah untuk penjimatan lebih banyak.

HOMElove akan dipenuhi dengan pakar dari setiap industri yang boleh difikirkan berkaitan dengan rumah dan gaya hidup.

 ?? ?? DAPAT SAMBUTAN: Pameran HOMElove yang dilaksanak­an sebelum ini.
DAPAT SAMBUTAN: Pameran HOMElove yang dilaksanak­an sebelum ini.
 ?? ??
 ?? ?? Poster HOMElove
Poster HOMElove
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia