Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya dua jenama minyak masak sawit tempatan dijual di Mukah

-

MUKAH:Hanyaterda­patdua jenama minyak masak kelapa sawit keluaran tempatan yang dijual di pasaran sekitar Mukah semalam.

Melalui tinjauan dilakukan Utusan Borneo di beberapa pasar raya utama, dua jenama berkenaan mendominas­i kebanyakan kedai dalam botol 5 kilogram (kg).

Bagaimanap­un, beberapa pasarrayat­urutmengeh­adkan pembelian minyak masak peket 1kg kepada hanya dua peket pembelian untuk setiap pengguna.

Manakala minyak masak berasaskan sayuran boleh didapati seperti kebiasaan.

Menurut Ketua Cawangan

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den, tidak berlaku masalah ketiadaan bekalan minyak masak dilaporkan setakat semalam.

“Ini berdasarka­n pemeriksaa­n Ops Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak (ATM) yang telah bermula pada 23 Jun 2022, kita tidak terima sebarang aduan tentang ketiadaan bekalan minyak masak di pasaran,” katanya.

Pemantauan harian oleh pihaknya dan Ops ATM masih dijalankan.

Kedai Runcit Terpilih (DDR) di sekitar Mukah juga menunjukka­n tiada masalah bekalan barang keperluan itu.

Pada 21 Jun lalu, KPDNHEP memberitah­u bahawa subsidi minyak masak bagi botol 2kg, 3kg dan 5kg bakal dimansuhka­n pada 1 Julai depan.

Namun Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, harga siling minyak masak peket 1kg kekal pada harga RM2.50.

Beliau turut mengatakan subsidi minyak masak dalam botol sebenarnya diperkenal­kan sementara pada Ogos tahun lalu selama tiga bulan tetapi dilanjutka­n sehingga kini.

Selain itu, subsidi ayam dan telur ayam juga dikatakan turut dimansuhka­n berkuat kuasa tarikh sama.

 ?? ?? SALIHIN
SALIHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia