Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditemui mati dalam bilik sewa

DBKU anjur Car Free Morning Programme pada 3 Julai

-

galami kekurangan stok petrol berkenaan, dia tidak dapat menjelaska­n secara terperinci mengenainy­a.

Ditanya lagi jika ramai yang membeli dalam tong, katanya tidak ada, cuma ada yang membeli dalam gelen kecil untuk kegunaan memotong rumput sahaja.

Felecity Jarau, 37, memberitah­u bahawa dia hanya menyedari ketiadaan RON95 ketika singgah untuk menambah petrol di stesen minyak dekat Jalan Song selepas waktu bekerja semalam.

Dia turut mencuba beberapa stesen minyak berdekatan dan turut dimaklumka­n kehabisan minyak RON95.

“Mereka beritahu terdapat masalah kekurangan pemandu lori tangki minyak dan sebab itu tidak dapat menghantar minyak. Betul atau tidak sumber ini kita tidak tahu,” katanya kepada pemberita.

Achi Pim, 34, pula berkata kerana terdesak dia terpaksa mengisi petrol RON97.

“Mulanya saya ke stesen minyak di Jalan Sentral dan BDC tapi habis kerana terdesak isi sahaja RON97.

“RM4 seliter minyak memang membebanka­n. Setakat ini saya belum panik lagi sehinggala­h nanti jika benar-benar harga petrol dinaikkan,” katanya.

Jika benar, dia yakin Kerajaan Sarawak tidak akan melihat rakyatnya sengsara dengan kos sara hidup yang begitu membebanka­n dan sudah pasti akan membantu.

Sementara itu, Ema Greek, 33, pula berkata dia ke stesen minyak di Jalan Tun Jugah malam kelmarin.

“Saya tidak panik tetapi menjadi kebiasaan untuk mengisi minyak sekali seminggu sebelum bermula kerja pada hari Isnin.

“Tetapi kalau betul harga minyak naik kepada RM4++ bermula 1 Julai ini, itu adalah perbelanja­an harian yang banyak tambah lagi untuk golongan B40,” jelasnya.

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dalam bilik sewa di sebuah bangunan kedai di Petanak, di sini, semalam.

Difahamkan mayat mangsa ditemui oleh orang awam dipercayai rakan mangsa yang kemudian terus melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah semasa dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian jam 9.43 pagi.

“Laporan disahkan diterima jam 9.43 pagi dan mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun,” katanya.

Tambahnya, kes setakat ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

“Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian,” katanya.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an Car Free Morning Programme yang akan diadakan di kawasan Padang Merdeka, di sini.

Menurut satu kenyataan, pihak DBKU menjemput orang awam hadir menyertai salah satu program iaitu Fun Walk 1.2 kilometer sempena Car Free Morning pada 3 Julai depan di Tugu Pahlawan, Jalan Taman Budaya.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk menyertai Fun Walk berkenaan.

Selain aktiviti Fun Walk, Kumpulan Pancaragam DBKU juga akan menghiburk­an para pengunjung.

Termasuk pertunjuka­n daripada MENSIA BMX KUCHING yang diketuai Hady Sharizal.

Selain BMX, acara lumba Pushbike berumur 7 ke bawah juga disediakan untuk warga kota.

Tiada bayaran dikenakan untuk acara ini dan pihak penganjur akan menyediaka­n hadiah untuk pemenang acara ini nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia