Utusan Borneo (Sarawak)

Rafidah bersara daripada terajui AirAsia X berkuat kuasa 1 Julai

-

KUCHING: AirAsia X (AAX), syarikat penerbanga­n jarak sederhana dan jarak jauh mengesahka­n peletakan jawatan Pengerusin­ya Tan Sri Rafidah Aziz berkuat kuasa 1 Julai 2022.

Menurut satu kenyataan, Rafidah telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah pada 3 Mac 2011 dan telah dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kanan selepas penyenarai­an syarikat itu pada 10 Julai 2013.

Beliau juga merupakan pengerusi Jawatankua­sa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankua­sa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Lembaga Semakan Keselamata­n Syarikat.

“Saya bakal berusia 79 tahun pada tahun ini dan telah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas mengikut penggal yang telah ditetapkan.

“Pada masa yang sama, perlu mematuhi perubahan status daripada seorang ahli Lembaga Pengarah Bebas kepada bukan bebas termasuk memenuhi keperluan lain untuk jawatan tersebut.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk meletak jawatan saya sebagai Pengerusi AAX berkuat kuasa mulai 1 Julai.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk AAX melantik ahli lembaga pengarah baharu untuk memacu syarikat ini ke hadapan terutama selepas proses penstruktu­ran semula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna dan saya berbesar hati kerana dapat mengenali semua Allstars yang saya hargai.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengasas AAX Tan Sri Tony Fernandes berkata, Rafidah telah menjalanka­n peranan beliau lebih daripada seorang Pengerusi.

Sebagai seorang yang berpengala­man dalam pelbagai bidang, beliau adalah tulang belakang dari awal hingga pengembang­an AirAsia.

“Beliau juga merupakan seorang sahabat dan mentor dalam kehidupan peribadi saya.

“Beliau sentiasa memberikan semangat dan berkongsi pendapatny­a secara jujur.

“Walaupun kini telah bersara, beliau akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga besar AirAsia dan kepimpinan beliau akan terus menjadi inspirasi buat kami semua,” tambahnya.

 ?? ?? REMUK: Keadaan dua kereta yang dihempap pokok tersebut.
REMUK: Keadaan dua kereta yang dihempap pokok tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia