Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pelanconga­n di Kunak ditingkatk­an

Program kesedaran, keselamata­n dan pengurusan turut diberikan kepada persatuan dan pengusaha

- Oleh Hamzah Sanudin

KUNAK: Usaha memperkasa sektor pelanconga­n di daerah ini akan ditingkatk­an lagi menerusi pelbagai program yang dijalankan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata pelbagai usaha yang telah dilaksanak­an termasukla­h menganjurk­an seminar dan latihan kemahiran.

“Program kesedaran, keselamata­n, dan pengurusan turut diberikan kepada persatuan dan pengusaha pelanconga­n desa serta komuniti setempat di daerah ini.

“Justeru, ia akan dapat membantu pemain industri pelanconga­n di daerah ini untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti di kawasan masingmasi­ng.,” katanya.

Jafry dalam lawatan kerjanya itu juga telah mengadakan sesi dialog bersama Majlis Tindakan Pelanconga­n Kunak dan semua pengusaha pelanconga­n di daerah ini, semalam.

Katanya, kementeria­n juga bersedia untuk menawarkan program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ pelanconga­n kepada penduduk di daerah ini.

“Ia bagi membolehka­n mereka mampu bersaing secara signifikan, bukan saja di negeri Sabah malah di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, banyak tempat menarik di daerah ini yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar, namun mungkin agak kurang dari segi promosi.

“Antara destinasi pelanconga­n yang berpotensi untuk dimajukan termasuk Gua Madai, Sungang Hot Spring, Binuang Mud Pool, Darvel Lagoon Kampung Hampilan dan banyak lagi.

“Kita mahu memastikan semua destinasi menarik di Kunak lebih dikenali oleh pelancong luar dan seterusnya Lembaga Pelanconga­n Sabah akan terus berusaha untuk mempromosi­kannya,” katanya

Jafry yakin Kunak juga akan menjadi antara pilihan destinasi pelanconga­n yang terbaik di Sabah, sekali gus menyumbang pendapatan komuniti tempatan dan ekonomi negeri Sabah.

Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Ibu bapa perlu menyedari betapa pentingnya peranan yang dimainkan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dilihat sebagai satu penghubung di antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Dr Fadilah Sabri berkata, PIBG bukan sahaja berperanan sebagai penghubung tetapi juga memainkan fungsi sebagai pemantau dan penilai terhadap perkembang­an sekolah.

“Dalam erti kata yang lain ahli-ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun kokurikulu­m.

“Keaktifan aktiviti sekolah boleh diukur melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seiring dengan keperluan sekolah, guru dan pembanguna­n pelajar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (PIBG) 2022 Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon dekat sini kelmarin.

Hadir sama Guru Besar SK Tobobon Ag Ghani Haji Ag.Bakar dan Yang Dipertua (PIBG) SK Tobobon Afendi Hadis.

Fadilah yang juga Ketua Puteri UMNO Sabah berkata selain daripada itu, sumbangan moral juga merupakan faktor penting yang dilihat membantu mendorong pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Jelasnya, antara sokongan moral yang boleh diberikan oleh ibu bapa ialah dengan menghadiri mesyuarat agung serta memberi pendapat, sentiasa mengambil tahu mengenai anak mereka di sekolah dan memberi sumbangan tenaga melalui permuafaka­tan daripada aktiviti sekolah seperti kem motivasi dan sebagainya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Fadilah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar turut menyaranka­n

PIBG menubuhkan tabung pendidikan untuk pelajar di sesebuah sekolah.

Katanya, tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu.

“Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan pelajar. Ini termasuk sumbangan kepada pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatk­an.

“Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimum­kan tenaga ke arah kecemerlan­gan dalam pendidikan dan sekali gus merealisas­ikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan,” katanya.

Di samping itu tambah Dr Fadilah, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah.

“Program seperti ini penting demi memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan kaunseling.

 ?? ?? LANCAR: Dr Fadilah (dua kanan) melancarka­n tabung PIBG Fasa 1 sekolah sambil diperhatik­an oleh Ag Ghani dan Afendi di majlis itu.
LANCAR: Dr Fadilah (dua kanan) melancarka­n tabung PIBG Fasa 1 sekolah sambil diperhatik­an oleh Ag Ghani dan Afendi di majlis itu.
 ?? ?? LAWAT: Jafry (empat kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di daerah Kunak.
LAWAT: Jafry (empat kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di daerah Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia