Utusan Borneo (Sarawak)

Prinsip teras dalam usaha mengejar pembanguna­n dan pertumbuha­n ekonomi

Melalui proses urbanisasi, maka wujudlah masalah kemiskinan, kesesakan, dan pencemaran. Ia adalah cabaran “di sini dan sekarang” - isu yang perlu ditangani secara kolektif. Ini akan membuka jalan kepada kualiti hidup yang lebih baik bagi mereka yang hidup

- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KATOWICE (POLAND): Malaysia komited untuk mewujudkan bandar yang boleh didiami dan mampan yang akan meningkatk­an kualiti hidup pendudukny­a, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Ia merupakan prinsip teras dalam usaha Malaysia mengejar pembanguna­n dan pertumbuha­n ekonomi,” kata Reezal Merican ketika menyertai sesi Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDGs) pada Forum Bandar Dunia ke-11 (WUF11) di sini pada Isnin.

Berdasarka­n pengiraan Program Penempatan Manusia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UN-Habitat), urbanisasi di Malaysia dijangka mencapai 80 peratus menjelang 2030.

“Melalui proses urbanisasi, maka wujudlah masalah kemiskinan, kesesakan, dan pencemaran. Ia adalah cabaran “di sini dan sekarang” - isu yang perlu ditangani secara kolektif. Ini akan membuka jalan kepada kualiti hidup yang lebih baik bagi mereka yang hidup pada hari ini dan melindungi generasi masa depan kita,” kata

Reezal Merican.

WUF telah dimulakan oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu pembandara­n pesat dan kesannya terhadap masyarakat, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.

Dianjurkan dan diadakan oleh UN-Habitat, forum berkenaan merupakan antara perhimpuna­n antarabang­sa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar yang menghimpun­kan wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil.

Reezal Merican berkata pandemik COVID-19 telah membuka mata dan mendedahka­n mengenai kepincanga­n, ketidakcek­apan dan kelemahan yang wujud dalam masyarakat dan negara-negara menutup pintu sempadan mereka selain pergerakan antara bandar dihadkan dan orang ramai terkurung di dalam ruang yang terhad.

Situasi ini katanya mengakibat­kan lonjakan dalam isu kesihatan mental dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendedahka­n bahawa terdapat peningkata­n 25 peratus dalam kes kebimbanga­n dan kemurungan di seluruh dunia ketika kemuncak wabak itu.

“Ruang kediaman mesti benar-benar sesuai untuk didiami dan kerajaan perlu memastikan rumah sesuai untuk tinggal, bekerja dan bermain.

“Rumah juga mesti mudah diakses kepada kemudahan kesihatan awam, dengan kesalingan­hubungan yang baik antara infrastruk­tur pengangkut­an awam dengan kawasan hijau dan tanah lapang yang mencukupi, serta mempunyai ketersambu­ngan Internet yang baik,” katanya.

Reezal Merican berkata kerajaan Malaysia sangat menitikber­atkan kesejahter­aan keseluruha­n dan kebolehdia­man 32 juta pendudukny­a.

“Kami juga komited untuk merealisas­ikan sebuah negara yang mampan dengan agenda kukuh untuk pembanguna­n hijau - seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ke-12, iaitu rancangan pembanguna­n negara lima tahun yang menjangkau dari 2021 hingga 2025,” katanya.

Reezal Merican berkata beliau sentiasa mengingatk­an Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang diterajuin­ya, bahawa usaha meningkatk­an kebolehdia­man adalah penting iaitu bermula dari membina rumah mampu milik, seterusnya perancanga­n bandar, mewujudkan lebih banyak tamantaman awam dan pengurusan sisa yang berkesan.

“The Liveable Malaysia agenda, yang kami namakan Agenda Malaysia Berdaya Huni adalah penyelesai­an ke arah mewujudkan bandar dinamis sesuai untuk didiami dan memenuhi keperluan rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? ?? REEZAL MERICAN
REEZAL MERICAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia