Utusan Borneo (Sarawak)

DBP sedang pinda akta, perkukuh bahasa kebangsaan sebagai jati diri, identiti negara

-

MELAKA: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang meminda Akta DBP 1959 untuk dibentangk­an kepada Parlimen secepat mungkin bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu diperkukuh dan dipertahan­kan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi asas jati dan identiti negara.

Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran berkata pindaan akta baharu itu juga akan memberi kuasa kepada agensi berkenaan untuk memastikan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n itu tidak diabaikan.

“Pindaan ini memberi kuasa kepada DBP dari segi penguatkua­saan dan tindakan undang-undang jika terdapat pelanggara­n penggunaan bahasa Melayu dan antara perkara yang dicadangka­n ialah tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja menghina dan memperleke­h bahasa kebangsaan.

“Perkara ini dilakukan berasaskan peraturan dan undang-undang yang ada, ia bukan untuk menyusahka­n mana-mana pihak tetapi untuk memastikan keharmonia­n masyarakat berasaskan Perlembang­aan dan Rukun Negara,” katanya kepada pemberita di Bandar Melaka di sini semalam.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Perasmian Seminar dan Bengkel Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2022 yang disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Abdul Rahim Harun.

Mengulas lanjut, Abang Sallehuddi­n berkata pindaan itu juga antara tuntutan masyarakat yang berasa sangat rimas dengan keadaan sesuatu bandar atau kawasan dalam Malaysia ini yang seolah-seolah berada di negara asing berikutan tidak menggunaka­n bahasa kebangsaan seperti pada jalan, papan tanda dan sebagainya.

“Ini yang kita akan selaraskan kerana ada peraturanp­eraturan tertentu di pihak berkuasa tempatan dan ia akan dibincangk­an bersama agensi-agensi tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata DBP akan memperting­kat kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia bagi penerbitan majalah dan media sosial bagi meuaruarka­n kejayaan penyelidik tempatan menghasilk­an teknologi setanding dengan negara luar yang dilihat mampu memberi kebanggaan kepada masyarakat.

“Mungkin selama ini segelintir masyarakat hanya ingat teknologi yang diambil dari luar tetapi tidak mengetahui banyak penemuan baharu dan penghasila­n teknologi dihasilkan dalam negara.

“Menerusi penerbitan yang dihasilkan ini juga boleh mendedahka­n kepada masyarakat berkaitan hal ini dalam menyemarak­kan kegiatan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia