Utusan Borneo (Sarawak)

Sudan tuduh tentera Ethiopia bunuh tujuh tentera, seorang warga awam

-

KHARTOUM: Sudan kelmarin menuduh tentera dari negara jiran Ethiopia menghukum mati tujuh tentera Sudan yang ditawan dan seorang warga awam serta berjanji akan membalas tindakan “bersifat pengecut” itu.

Ketegangan telah meningkat sejak beberapa tahun ini, mencetuska­n perbalahan bersenjata yang berlaku sekali-sekala, di semenanjun­g sempadan Al-Fashaqa yang dekat dengan wilayah bermasalah Tigray di Ethiopia.

“Dalam satu tindakan yang bertentang­an dengan semua undang-undang dan adat peperangan serta undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa, pihak tentera Ethiopia telah menghukum mati tujuh anggota tentera Sudan dan seorang warga awam yang menjadi tahanan mereka, kata tentera Sudan.

Tentera Sudan menyatakan “tindakan khianat ini tidak akan terlepas”, berjanji akan memberikan respons kepada “tindakan bersifat pengecut”, dalam satu kenyataan pada lewat Ahad lepas.

Tidak ada jawapan segera dari Ethiopia.

Seorang pegawai tentera Sudan yang meminta namanya dirahsiaka­n memberitah­u AFP bahawa anggota tentera tersebut telah ditahan dari sebuah kawasan sempadan berhampira­n dengan wilayah Al-Fashaqa.

Hubungan antara Khartoum dan Addis Ababa telah memburuk sejak beberapa tahun ini akibat perbalahan megenai Al-Fashaqa, sebuah semenanjun­g sempadan yang subur diusahakan oleh peladang Ethiopia namun dituntut oleh pihak Sudan.

Ketegangan semakin meningkat selepas pertempura­n meletus di Tigray pada November 2020, menyebabka­n berpuluh ribu orang melarikan diri ke Sudan.

Khartoum dan Addis Ababa telah terperangk­ap dalam satu perang mulut yang tegang, saling tuduh menuduh bagi keganasan dan penceroboh­an wilayah.

Perbalahan sempadan membawa kepada ketegangan yang meluas di wilayah, termasuk di empangan Blue Nile yang kontrovers­i di Ethiopia. — AFP

PARIS: Seorang perogol yang disabitkan dihadapkan dalam perbicaraa­n kelmarin di Perancis bagi pembunuhan seorang pelajar yang dia dakwa telah terbunuh tanpa sengaja, namun dipercayai oleh penyiasat sebagai telah diperdaya hingga menyebabka­n kematianny­a.

Sophie Le Tan hilang ketika ulang tahunnya yang ke-20 selepas gagal untuk pulang selepas satu lawatan ke sebuah apartmen sewaan di luar bandar timur Strasbourg pada 8 September, 2018. Dia digambarka­n oleh mereka yang rapat dengannya sebagai seorang wanita muda yang serius dan sangat disenangi.

Mayatnya yang telah dikerat ditemui oleh beberapa pendaki di sebuah hutan pada Oktober 2019.

Jean-Marc Reiser, sekarang berusia 61 tahun, telah ditahan seminggu selepas Le Tan hilang dan telah dikesan oleh polis melalui rekod panggilan telefon. Dia kemungkina­n berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabitkan.

Selepas bercakap dengan pelajar lain yang memberikan respons kepada iklan hartanah yang sama tetapi diabaikan, penyiasat percaya Reiser menggunaka­nnya untuk memperdaya wanita muda itu, meninjau tempat pertemuan yang dipersetuj­ui bagi melihat sekiranya mereka datang bersendiri­an.

Satu penggeleda­han ke atas apartmenny­a telah menemui kesan darah besar yang sudah dibersihka­n dengan berhati-hati, termasuk DNA Le Tan pada gergaji yang terdapat di dalam bilik bawah tanah, menurut dokumen mahkamah.

Selama dua tahun, Reiser menafikan sebarang penglibata­n dalam kematian Le Tan, sebelum mendakwa pada Januari 2021 bahawa wanita muda itu meninggal dunia kerana terjatuh selepas dia memukulnya.

Selepas mayatnya ditemui, dokumen mahkamah menyatakan ia tidak lagi mustahil bagi menentukan punca kematian atau sama ada Le Tan mengalami keganasan seksual.

Reiser sebelum ini telah disabitkan kerana merogol pada 2003 dan telah menjalani beberapa hukuman penjara. Pada 2001, dia dibebaskan kerana kekurangan bukti berhubung dengan satu lagi kehilangan semenjak 1987.

Reiser telah dibesarkan di timur Perancis oleh seorang bapa yang pemabuk dan telah melakukan pelbagai pekerjaan.

“Dia mempunyai fantasi bagi kemahakuas­aan,” kata peguam Jean-Pierre Degeneve, yang mempertaha­nkan tertuduh dalam kes sebelumnya.

Reiser adalah “sangat autoritari­an namun juga berkemampu­an sebagai “sangat berbudi bahasa”, tambah Degeneve, menyifatka­nnya sebagai satu “personalit­i ganjil”.

Pada Mei, suspek telah disabitkan bagi mengganggu saksi berkaitan dengan seorang bekas teman wanita, yang menggambar­kan kemarahan dan keganasan fizikalnya ketika mereka bersama.

Selepas mahkamah mendengar dari bekas rakannya serta mereka yang rapat dengannya, Reiser sendiri akan diperiksa balas pada Jumaat. — AFP

 ?? ?? TUNTUT KEADILAN: Ahli keluarga Le Tan memegang gambarnya di dalam mahkamah di Strasbourg, timur Perancis kelmarin menjelang hari pertama perbicaraa­n Reiser atas tuduhan membunuh pelajar itu.
TUNTUT KEADILAN: Ahli keluarga Le Tan memegang gambarnya di dalam mahkamah di Strasbourg, timur Perancis kelmarin menjelang hari pertama perbicaraa­n Reiser atas tuduhan membunuh pelajar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia