Utusan Borneo (Sarawak)

Peluru berpandu sasar pusat beli-belah di Ukraine, 16 maut

Seramai 59 cedera, Zelensky kutuk serangan Rusia itu sebagai tindakan paling berani oleh pengganas dalam sejarah Eropah

-

KYIV: Serangan peluru berpandu Rusia ke atas sebuah pusat beli-belah yang sesak di bandar Kremenchuk di tengah Ukraine telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 16 orang, kata ketua perkhidmat­an kecemasan pada awal semalam, yang mencetuska­n kemarahan pihak antarabang­sa.

“Serangan Rusia pada hari ini ke atas pusat beli-belah di Kremenchuk merupakan salah satu tindakan paling berani oleh pengganas dalam sejarah Eropah,” kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam ucapan petangnya yang disiarkan di Telegram.

Ketua perkhidmat­an kecemasan Sergiy Kruk menyatakan tugas utama adalah “kerja menyelamat, mengalihka­n serpihan dan memadamkan kebakaran” berikutan serangan ke atas pusat beli-belah kelmarin.

“Sehingga sekarang, kami mengetahui 16 kematian dan 59 kecederaan, 25 daripada mereka dimasukkan ke hospital. Maklumat sedang dikemaskin­i,” kata Kruk di Telegram.

“Semua anggota keselamata­n dan perubatan sedang bertugas dalam suasana tegang,” katanya. “Tugas ini akan dilakukan sepanjang masa.”

“Saya mahu menegaskan sekali lagi; jangan abaikan amaran udara!”

Sebelum itu, Zelensky berkata, lebih 1,000 orang awam berada dalam pusat beli-belah ketika peluru berpandu menyerang bandar berkenaan, yang memiliki populai praperang seramai 220,000 orang.

“Pusat beli-belah itu terbakar, anggota penyelamat sedang memadamkan kebakaran. Jumlah mangsa adalah sukar untuk dibayangka­n,” tulis Zelensky di Facebook.

Sebuah video yang dikongsika­nnya menunjukka­n pusat beli-belah itu terbakar, dengan beberapa anggota penyelamat dan sebuah trak bomba di luar.

Perkhidmat­an kecemasan turut menyiarkan gambar yang menunjukka­n anggota bomba dan penyelamat cuba untuk membersihk­an serpihan daripada runtuhan bangunan.

Pihak kementeria­n pertahanan Ukraine mendakwa serangan itu telah disengajak­kan berlaku ketika masa paling sibuk di pusat beli-belah dan mengakibat­kan jumlah kematian yang maksimum.

Pasukan tentera udara Ukraine menyatakan pusat beli-belah itu terkena peluru berpandu antikapal Kh-22 yang dilepaskan oleh pengebom Tu-22 di wilayah Kursk di barat Rusia.

“Serangan peluru berpandu ke atas Kremenchuk berlaku di kawasan yang sangat sibuk dan tidak mempunyai kaitan dengan peperangan,” tulis datuk bandar Vitali Maletsky di Facebook.

Dmytro Lunin, gabenor wilayah Poltava di mana terletakny­a Kremenchuk, mengecam serangan itu sebagai “jenayah perang” dan “jenayah terhadap kemanusiaa­n”, menyatakan ia “satu tindakan sinikal dalam keganasan terhadap populasi awam”.

Menteri Luar Negara Ukraine Dmytro Kuleba menyeru kepada sekutu Kyiv untuk membekalka­n lebih banyak senjata berat dan melaksanak­an sekatan baharu terhadap Rusia.

“Rusia merupakan satu perkara yang memalukan terhadap kemanusiaa­n dan ia harus berdepan hukuman,” katanya di Twitter.

Pembantu presiden Mykhaylo Podolyak menggelar Rusia sebagai sebuah “negara pengganas”.

Terdapat juga kemarahan antarabang­sa yang baharu terhadap serangan itu.

Satu kenyataan daripada para pemimpin G7 yang menghadiri persidanga­n di Jerman telah mengecam serangan peluru berpandu itu sebagai “jenayah perang”.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken menyatakan di Twitter bahawa “dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu Rusia pada hari ini, yang memusnahka­n sebuah pusat beli-belah sibuk di Ukraine – kejadian terbaru dalam satu siri kekejaman.”

Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata, serangan itu menunjukka­n “betapa dalamnya kekejaman dan sikap ganas” oleh pemimpin Rusia Vladimir Putin.

“Pengeboman oleh Rusia ke atas pusat beli-belah di Kremenchuk merupakan satu tindakan keji,” Presiden Perancis Emmanuel Macron menulis di Twitter dalam bahasa Inggeris.

“Kami berkongsi penderitaa­n yang dialami oleh keluarga mangsa, dan kemarahan dalam berdepan dengan kekejaman sebegini. Rakyat Rusia harus melihat kebenaran,” tegasnya. — AFP

 ?? ?? HANGUS: Gambar serahan Perkhidmat­an Kecemasan Negeri kelmarin menunjukka­n pusat beli-belah di bandar Kremenchuk, di timur Ukraine yang terbakar akibat serangan peluru berpandu Rusia.
HANGUS: Gambar serahan Perkhidmat­an Kecemasan Negeri kelmarin menunjukka­n pusat beli-belah di bandar Kremenchuk, di timur Ukraine yang terbakar akibat serangan peluru berpandu Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia