Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek tembakan di Oslo ditahan reman

-

OSLO: Suspek dalam kejadian tembakan hujung minggu di Oslo yang menyebabka­n dua orang maut dan 21 yang lain tercedera telah ditahan reman selama empat minggu kelmarin.

Zaniar Matapour tidak mempunyai kontak dengan dunia luar sehingga 25 Julai, demikian ditetapkan oleh Mahkamah Daerah Oslo.

Suspek berusia 43 tahun itu dituduh membunuh dua lelaki, berusia 54 dan 60 tahun, serta mencederak­an 21 yang lain apabila dia melepaskan tembakan berhampira­n sebuah bar gay di tengah Oslo pada awal pagi Sabtu lepas, ketika sambutan dikaitkan dengan festival Pride di bandar ini.

Ribuan orang berarak di tengah Oslo pada waktu petang, tidak mengendahk­an arahan polis agar tidak berkumpul, dalam satu upacara penghormat­an tidak dirancang dan bagi menyokong hak golongan gay.

Perkhidmat­an perisikan domestikNo­rwaytelahm­enggambark­an serangan sebagai “satu tindakan pelampau” dan menyatakan Matapour mempunyai “masalah dengan kesihatan mentalnya”.

Polis Norway menyatakan mereka masih menyiasat motif Matapour.

Dia telah didakwa dengan “tindakan pengganas”, pembunuhan dan cubaan membunuh, namun setakat ini menolak untuk disoal siasat oleh polis.

Menurut peguamnya, dia bimbang penyiasat akan memanipula­si rakaman video bagi soal siasatnya.

Matapour, seorang rakyat Norway berasal dari Iran, akan menjalani penilaian psikiatrik awal bagi membantu menentukan keadaan kesihatan mentalnya dan sama ada dia boleh dinyatakan bertanggun­gjawab dari segi undang-undang bagi tindakanny­a.

Dia telah dikenali oleh pihak perkhidmat­an perisikan PST di Norway sejak 2015, dengan kebimbanga­n mengenai fahaman radikalisa­si dan keanggotaa­n dalam “sebuah rangkaian ekstremis”.

Pihak polis menyatakan mereka telah memeriksa beberap teori, termasuk satu serangan yang bermotifka­n ideologi, kesihatan mental yang tidak stabil, jenayah kebencian terhadap komuniti LGBTQ, atau satu kombinasi bagi beberapa faktor lain.

PST menyatakan ia tidak mengesan bagi mana-mana “niat ganas” semasa perkhidmat­annya menyoal siasat Matapour pada bulan lepas.

Menteri Kehakiman Emilie Enger Mehl berkata, terdapat satu penilaian terhadap polis dan cara PST menguruska­n kes.

Para menteri Norway telah melawat kawasan serangan kelmarin, menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka “berdiri bersama dengan komuniti LGBTQ dan menentang semua bentuk keganasan”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia