Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut kereta api tergelinci­r di Missouri, AS

-

WASHINGTON: Tiga orang maut kelmarin apabila sebuah kereta api jarak jauh bertembung dengan sebuah lori pembuangan sampah di wilayah luar bandar bagi negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS), menyebabka­n beberapa penumpang tercedera, kata pegawai tempatan.

Tujuh daripada lapan gerabak kereta api Amtrak telah tergelinci­r dari landasan dalam laluan dari Los Angeles ke Chicago semasa ia melanggar lori di satu lintasan landasan di barat daya Mendon, Missouri.

Gerabak kereta api telah dilihat tumbang di sepanjang sebuah ladang ketika para penumpang memanjat keluar melalui tingkap dan pintu dalam gambar-gambar yang dipaparkan di media sosial.

“Ia semua berlaku dengan gerakan perlahan. Ia mula bergegar dan, bergoncang, kemudian tercetus, dan ketika ia dengan tiba-tiba – semua debu ini telah muncul di tingkap saya,” Robert Nightingal­e, yang sedang tidur dalam kereta api, memberitah­u CNN.

Tersekat dalam gerabaknya, dia telah memanjat ke satu laluan sebelum keluar melalui bahagian tepi kereta api, katanya, sambil menambah bahawa lori pembuangan sampah kelihatan telah membawa batu besar.

Justin Dunn, jurucakap bagi Peronda Lebuh Raya Negeri Missouri, memberitah­u wartawan dalam satu sidang media bahawa siasatan “berada dalam peringkat awal”.

Kereta api telah membawa lebih 200 penumpang dan kira-kira 12 kru ketika ia melintasi simpang bagi sebatang jalan batu, di mana pegawai berkata tidak ada lampu atau alat kawalan elektronik untuk menandakan landasan, yang merupakan biasa di kawasan luar bandar.

“Terdapat beberapa orang cedera dan kami dapat mengesahka­n tiga kematian – dua orang di dalam kereta api dan seorang dalam lori pembuangan sampah,” kata Dunn.

Pihak kecemasan yang memberikan respons dari beberapa daerah berhampira­n telah tiba di tempat kejadian dan beberapa orang tercedera telah dibawa ke pusat trauma oleh beberapa helikopter perubatan, kata pihak berkuasa.

Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara, agensi AS yang bertanggun­gjawab untuk menyiasat insiden pengangkut­an, berkata di Twitter bahawa satu pasukan seramai 14 orang akan menyiasat kemalangan itu. — AFP

 ?? ?? TERGELINCI­R: Kereta api Amtrak yang tergelinci­r selepas merempuh lori pembuangan sampah di Mendon, Missouri kelmarin.
TERGELINCI­R: Kereta api Amtrak yang tergelinci­r selepas merempuh lori pembuangan sampah di Mendon, Missouri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia