Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Salam Baitullah 2022’ kembali menemui penonton sepanjang musim haji

Bertemakan ‘Satu Kerinduan, Suatu Kepastian’, Salam Baitullah tampilkan pengacara terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Fakhrul UNIC

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari MIRI: KUALA LUMPUR:

Uji bakat untuk Bintang P. Ramlee dan Bintang Kecil yang menghimpun­kan 10 peserta diadakan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Penyelaras Bintang P. Ramlee dan Bintang Kecil 2022 Zon Sarawak Ratna Saimin berkata, uji bakat berkenaan dianjurkan semula selepas dua tahun tidak dilaksanak­an berikutan pandemik COVID-19.

“Uji bakat diadakan 27 Jun telahpun diadakan secara serentak di RTM Miri dan RTM Limbang dari pukul 9 pagi hingga 9 malam manakala pada 29 Jun ini akan diadakan di RTM Bintulu, RTM Sibu dan RTM Sri Aman,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya lagi, uji bakat di Kuching akan diadakan pada 2 dan 3 Julai di Auditorium Kecil RTM Kuching.

“Kami dari Seksyen Hiburan dan Muzik selaku penyelaras urusetia bagi kedua-dua pertanding­an di RTM dan RTM Limbang mencari bakat untuk kita ketengahka­n mewakili zon Sarawak dan juga seterusnya ke peringkat kebangsaan untuk kedua-dua pertanding­an tersebut,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi kategori pencarian bakat Bintang P. Ramlee umur peserta adalah 18 hingga 45 tahun dan lahir pada 1977 hingga 2004, manakala ketetapan umur bagi Bintang Kecil pula ialah tujuh hingga 11 tahun serta warganegar­a Malaysia.

Beliau berharap agar program sebegini akan dapat menanam minat dalam kalangan peminat seni suara terutama generasi muda untuk terus meminati lagu P. Ramlee sekali gus hasil karya seniman agung itu akan kekal terpahat di hati masyarakat sepanjang zaman.

Bagi peserta Bintang P.Ramlee Suzzannne Long Anyi berkata, ini kali pertama dia menjejakka­n kaki di RTM Miri menyertai uji bakat terbabit.

“Dengan semangat dan dorongan dari keluarga dan kawan-kawan juga, saya hadir di sini untuk mengasah dan mengetenga­hkan bakat saya,” jelasnya.

Peserta Bintang Kecil pula dapat menyemarak­kan lagi semangat setiap individu dan menjadi pentas pertama kanak-kanak untuk menyesuaik­an diri dalam bidang nyanyian.

Bagi Annabelle Chieng Li Ting, dia berasa gembira dan seronok kerana dapat menyertai uji bakat berkenaan selain mendapat pengalaman baharu.

“Saya sangat gembira dan mendapat pengalaman baharu menyertai pertanding­an menyanyi secara terbuka di khalayak awam,” jelasnya.

Pertanding­an Bintang Kecil Zon Sarawak 2022 dijangka diadakan pada 10 September di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching.

Salam Baitullah, program yang berjaya meraih rating tertinggi sejak diperkenal­kan lebih sedekad lalu kembali menemui penonton sepanjang musim haji ini bagi memberi liputan dan maklumat terkini keadaan di Tanah Suci kepada umat Islam di tanah air dan sekitar Asia Tenggara.

Justeru berlangsun­g majlis pelancaran program ini diadakan bertempat di Hotel Impiana KLCC baru-baru ini yang disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

Tahun ini, program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Seksyen Ehwal Semasa (SES) edisi ke-14 akan disiarkan sebanyak 16 episod dan bersiaran secara langsung dari 26 Jun sehingga 10 Julai.

Siaran bermula jam 9.00 hingga 10.00 malam setiap hari dari kota suci Mekah. Salam Baitullah bersiaran di TV1 serta Saluran Berita, 123 My Freeview dan boleh ditonton menerusi laman sesawang RTM (rtmklik.rtm.gov.my serta Facebook Live).

Dalam pada itu, sempena Hari Wukuf, dua slot masa diperuntuk­kan iaitu bagi slot pertama bersiaran dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam manakala slot kedua dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Manakala bagi menarik lebih ramai penonton terutama di dalam talian, penerbitan Salam Baitullah turut mengadakan segmen media sosial di laman YouTube Salam Baitullah setiap hari bermula 26 Jun pada jam 8.15 hingga 8.45 malam sebelum siaran di TV1 bermula sebagai promosi awal.

Musim haji ini menyaksika­n RTM menghantar dua petugas produksi Berita ke Mekah sebagai petugas media Tabung Haji.

Liputan berita ini telah mula disiarkan di dalam Berita Perdana setiap hari mulai 1 Jun lepas.

Mereka yang terpilih ialah wartawan Faisal Jamal dan Azhan Sulaiman, jurukamera juga akan bersiaran di dalam Salam Baitullah smenerusi segmen Khabar Tanah Suci bagi membawakan perkembang­an terbaru jemaah haji Malaysia tahun ini.

Program televisyen yang menerima maklum balas positif dengan jumlah tontonan terkumpul tahun 2021 iaitu 12.3 juta walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an akibat pandemik COVID-19.

Musim pertama Salam Baitullah bermula pada musim Haji 2009/1430H, dengan penonton bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga Singapura, Brunei, Selatan Thailand, dan beberapa negara lain.

Tahun ini siaran Salam Baitullah amat signifikan setelah dua tahun umat Islam di Malaysia tidak dapat mengerjaka­n ibadah Haji akibat pandemik COVID-19, maka tahun ini menjadi titik penting kepada Jemaah Haji Malaysia kembali menunaikan rukun Islam ke-5 di samping mengubat kerinduan kepada Baitullah.

Program ini juga akan mengupas perjalanan ibadah Haji bermula daripada persediaan awal hinggalah pada hari Wukuf serta membawakan perkembang­an terbaru jemaah Haji kita kepada keluarga di tanah air.

Tampil dengan tema Satu Kerinduan, Suatu Kepastian, kali ini Salam Baitullah menampilka­n pengacara terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi (UNIC) serta Ustaz Megat Mohd Zaid siaran di YouTube Salam Baitullah.

Sebagai mana musim 2021, Aafiyat Holdings Sdn Bhd.dan Olive House sebagai penaja utama. Rakan strategik lain ialah Mahabbaten Travel & Tours Sdn. Bhd, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Impiana Hotel KLCC dan Olis Trading Sdn Bhd.

Jumlah keseluruha­n nilai penajaan program Salam Baitullah tahun ini ialah lebih RM 500,000.00.

Salam Baitullah membariska­n panelpanel pendakwah terkemuka negara yang memperinci­kan mengenai ibadah Haji.

Musim ini Salam Baitullah turut menampilka­n kelainan dengan memperkena­lkan segmen ‘Rehlah Haramain’ yang merupakan pakej khas tempat-tempat menarik di Tanah Suci seperti tempat bersejarah Nabawiyah, tempat-tempat menunaikan ibadah haji dan kawasan umum / khusus yang kurang dikunjungi oleh jemaah semasa musim haji.

Seperti musim haji sebelum ini, hadiahhadi­ah menarik tahun ini ditaja Aafiyat Holdings Sdn Bhd berjumlah RM59,870 keseluruha­nnya. Ia meliputi siaran di TV1 dan juga media sosial.

Hadiah utama ialah pakej umrah bagi tiga pemenang terkumpul berjumlah RM28,770, serta baucer bernilai RM300 di TV1 kepada 32 pemenang keseluruha­n manakala hadiah wang tunai untuk 3 pemenang terkumpul berjumlah RM6,000 serta baucer bernilai RM250 di Facebook Salam Baitullah kepada 32 pemenang.

 ?? ?? KEMBALI LAGI: Barisan tetamu bergambar bersama semasa majlis pelancaran program Salam Baitullah yang diadakan bertempat di Hotel Impiana KLCC baru-baru ini.
KEMBALI LAGI: Barisan tetamu bergambar bersama semasa majlis pelancaran program Salam Baitullah yang diadakan bertempat di Hotel Impiana KLCC baru-baru ini.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia