Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan 20 individu, tumpaskan lima kumpulan jenayah

-

MELAKA: Polis menahan 20 individu dengan 18 daripadany­a merupakan anggota lima kumpulan yang terlibat dalam pelbagai jenayah antaranya pecah rumah, stor kilang dan tabung masjid yang membabitka­n kerugian kira-kira RM500,000 sejak 1 Jan hingga 22 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christophe­r Patit berkata mereka yang terdiri daripada 17 lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 57 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar daerah tersebut menerusi Op Pintu.

Beliau berkata pihaknya percaya berjaya menyelesai­kan 49 kes jenayah di Melaka Tengah dengan penahanan mereka.

“Secara keseluruha­n, 18 individu termasuk tiga wanita itu merupakan anggota Geng Micheal, Geng Ruben, Geng Zahid, Geng Botak dan Geng ADC.

“Dua lagi individu yang turut ditahan adalah dua lelaki dikenali sebagai Yazmi Solo dan Spider Solo berusia 30-an dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan bergerak secara berseorang­an,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Christophe­r berkata Spider Solo yang ditahan pada 8 Jun lepas dipercayai terlibat dalam jenayah pecah rumah dengan cara memasuki kediaman mangsa menerusi bumbung dan meloloskan dirinya mengikut pintu belakang rumah mangsa setelah mengambil barangan berharga.

Beliau berkata Spider Solo yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur dikesan terbabit lima jenayah pecah rumah antara Mei dan awal Jun melibatkan kerugian RM50,000 dengan menyasarka­n rumah kos rendah yang tiada penghuni pada waktu siang untuk melakukan jenayah terbabit.

“Spider Solo merupakan seorang penganggur dan duit hasil jualan barangan curi daripada jenayah pecah rumah yang dilakukann­ya itu digunakan untuk perbelanja­an hariannya,” katanya dengan menambah Spider Solo mempunyai 13 rekod lampau melibatkan jenayah pecah rumah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK NENGAKU SALAH: Mohd Zawahid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta semalam.
— Gambar Bernama TIDAK NENGAKU SALAH: Mohd Zawahid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia