Utusan Borneo (Sarawak)

Pembantu perawatan kesihatan ‘hilang’ wang simpanan KWSP, ditipu sindiket tawaran kerja

-

KANGAR: Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan kerugian RM37,361 apabila wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya lesap akibat terperdaya dengan sindiket penipuan tawaran kerja yang tidak wujud.

Ketua Polis Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata wanita berusia 26 tahun itu terpengaru­h setelah melihat iklan di laman Facebook yang menjanjika­n pulangan tinggi dalam masa singkat.

“Setelah melihat iklan di Facebook ‘ONLINE WORK’ dan mangsa telah berurusan dengan seorang individu yang memperkena­l diri sebagai ‘Agnes’ dari syarikat “SP eCommerce” untuk urusan tawaran kerja secara dalam talian,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya mangsa telah diperkenal­kan dengan cara membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan rating dan mangsa kemudian akan mendapat imbuhan komisen setelah barangan tersebut dijual oleh pihak mereka.

“Mangsa telah membuat lapan kali transaksi ke empat akaun bank suspek sepertiman­a yang telah diarahkan... namun apa yang dijanjikan tidak diperoleh malah mangsa kerugian wang simpanan peribadi dan KWSP miliknya,” katanya.

Mohd Shokri berkata modus operandi sindiket ialah mengiklank­an tawaran kerja yang mudah dan menguntung­kan dalam masa singkat melalui media sosial dengan mangsa akan diberikan pulangan pada awalnya dan setelah mangsa terpikat, sindiket akan meningkatk­an jumlah pembelian sehingga menyebabka­n mangsa terjerat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Katanya hasil siasatan awal menerusi semakan di ‘semakmule.rmp.gov. my’mendapati terdapat tiga laporan polis dibuat ke atas nombor akaun bank terbabit dan dua laporan terhadap nombor talian yang digunakan oleh sindiket sebelum ini.

“Orang ramai dinasihati agar menggunaka­n aplikasi ‘Semak Mule Account’ di https://semakmule.rmp. gov.my bagi menyemak nombor akaun dan nombor telefon ketika membuat sebarang urusan secara dalam talian,” katanya. — Bernanma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia