Utusan Borneo (Sarawak)

Saksi tak tahu jumlah wang diberi kepada Guan Eng bagi projek terowong dan jalan utama

-

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (CZCSB) semalam memberitah­u Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak tahu mengenai jumlah wang yang didakwa diberikan kepada Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.

Ibrahim Sahari, 58, juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri negeri itu.

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata demikian ketika disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim pada perbicaraa­n kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitka­n pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Gobind: Kamu tidak sekalikali nampak wang itu dibayar kepada siapa? Ibrahim: Setuju Ketika membacakan pernyataan saksinya, Ibrahim berkata pada Januari 2018, rakan sejawatann­ya iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, telah membuat pengakuan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kepadanya bahawa beliau (Zarul Ahmad) telah membuat pembayaran kepada Lim selepas dibebaskan dari tahanan SPRM.

“Bagaimanap­un, Zarul Ahmad tidak memberitah­u kepada saya berkenaan jumlah dan cara wang itu diberikan kepada Lim,” katanya sambil menambah beliau pernah berjumpa Lim ketika mesyuarat rasmi antara syarikat itu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam prosiding sebelum ini, Zarul Ahmad memberitah­u mahkamah bahawa Lim meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Consortium Zenith Beijing Urban Constructi­on Group (CZBUCG) dalam projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia